Monday, December 28, 2015

Dahagakan Ilmu

Teks: Nurul Diyana Mohamed

Saya sekarang dalam fasa dahagakan ilmu. Apabila mendengar pesanan salah seorang sifu saya; ilmu melambangkan berapa pendapatan kita dan sebaik mana taraf kehidupan kita. Saya memang dari kecil cintakan buku jadi bertambah cinta.  

Sejak kecil suka beli bermacam jenis buku terutama buku ilmiah dan buku agama tapi banyak yang tak habis baca. Cabaran betul mahu habis baca buku ilmiah. Kalau beli buku novel atau adventure memang laju sangat habis. Tapi sekarang, buku novel sudah berhenti  baca, kecuali novel ilmiah. Buku motivasi, ilmu perniagaan dan ilmiah memang jadi kegemaran saya. 

Saya sedar yang jadi payah nak baca walaupun minat sebelum ini adalah kerana saya tidak tanamkan baca untuk pandai, untuk tingkatkan kualiti kehidupan walaupun saya memang mahu tahu. Jadi keinginan mahu baca itu jadi macam hangat-hangat chicken poo-poo sahaja (cuba guna bahasa sopan)

Bahan bakar saya adalah mahu jadi lebih baik dari semalam. Mahu jadi lebih berjaya dari semalam. Mahukan pendapatan lebih baik dari semalam. Mahu lakukan lebih banyak perkara dari semalam. Mahu pulang ke kampung jumpa ibu lebih kerap dari kebiasaaannya. Mahu segala-galanya lebih baik. Dan semuanya ini hanya boleh dilakukan apabila kita mempunyai ilmu yang cukup dengan izin Allah SWT. 

Saya tidak akan berhenti mencari ilmu kerana saya tidak sempurna, sempurna itu hanya milik Allah SWT pemilik segala. Hanya dia meminjamkan saya sedikit kepunyaan-Nya. 

Jom sama-sama jadi pencinta ilmu. 

Salam Kaya & Berjaya Dunia Akhirat,
www.nhdbabyshop.com

Friday, December 25, 2015

Hebatnya Kata-kata Positif

Kata-kata Positif.

Teks: Nurul Diyana Mohamed. 

Dari kakak bayi ummi sedaya upaya usahakan untuk cakap perkara positif dengan anak-anak. Ummi ajak ayah sama-sama. Mula-mula agak payah tapi lama-lama terbiasa. Tapi disebabkan ummi dan ayah pun dah teracun dengan kata-kata negatif dari generasi ke generasi. Adalah dalam 80% kejayaan dan jadi kebiasaan. Sebab ada masa-masa kehabisan kata-kata terkeluar juga ayat negatif sepatah dua. Yang terbabas guna dan payah untuk dihilangkan dari kosa kata ialah perkataan "jangan".

Sekarang Hana dah 2 tahun 10 bulan, agak menggembirakan untuk ummi ayah apabila Hana selalu gunakan perkataan positif apabila bercakap. Contoh apabila dia suruh ayah baling bola ke dinding supaya bola melantun balik dan boleh sambut semula, ayah baru nak baling bola dia dah cakap " Wah! Hebatnya!" . Ayah pula yang berada di awang-awangan kena puji dengan anak-anak. 

Contoh lain apabila dia minta ummi tiupkan buih-buih sabun, bila ummi tiup Hana akan cakap "Wah, bagusnya" dan banyak lagi kata-kata positif, perkataan "boleh" juga antara perkataan sinonim dengan Hana. Hana memang suka buat ayat yang penuh ekspresi siap dengan nada suara dan mimik muka. 

Ummi dan ayah seronok betul apabila kena puji. Padahal tidak seberapa pun usaha dan kami lagi bersemangat hendak buat apa yang anak-anak minta. Agaknya itulah yang anak-anak rasa apabila kita puji-puji mereka.

Apabila kita ucapkan perkara negatif rasanya sesiapa yang pernah menonton rancangan Prof Muhaya di Youtube atau Televisyen tahu betapa berkuasanya ayat-ayat positif dan betapa teruknya ayat-ayat negatif melalui eksperimen-eksperimen Prof. Saya sendiri pernah bereksperimentasi dengan suami perkara yang sama. Apabila disebutkan ayat negatif seperti "Malas" atau bila mula ayat mengumpat seperti "dia tu kan?". Separuh tenaga kita akan hilang. Tubuh jadi lemah. 

Fitrah tubuh badan manusia memang memerlukan perkara-perkara positif sahaja, tetapi siapakah agaknya yang membudayakan budaya negatif yang tidak sepatutnya? jawapan saya adalah diri kita sendiri. Selama zaman berzaman, keturunan demi keturunan ayat-ayat negatif diturunkan. Bukan salah ibu bapa atau keturunan terdahulu tetapi mungkin mereka tidak tahu atau terlepas pandang. 

Jadi rasanya tanggungjawab kita generasi sekarang untuk mulakan perubahan demi generasi masa hadapan. Cuba sebaik mungkin, didik sebaik cara dan lakukan yang terbaik. Jadi pakar. Resam perlakuan positif, laksanakan berterusan selama 60 hingga 100 hari untuk jadikannya tabiat. 

Jom sama-sama ubat tabiat. Saya semakin bersemangat ini nak ubat tabiat positif bila anak-anal bagi semangat, dalam masa yang sama sedang ubah tabiat makan juga. Saya doakan anda semua berjaya dan tolong doakan kejayaan saya juga. In Shaa Allah kita sama-sama berjaya. 

Salam kasih sayang,
www.nhdbabyshop.com
www.nuruldiyanamohd.com

Thursday, December 24, 2015

Cabaran Menurunkan Berat Badan Hari -1

Teks: Nurul Diyana Mohamed.

Sebenarnya sudah hampir sebulan bertangguh untuk menyertai kelas diet sihat ini. Akhirnya berjaya juga memulakan dengan susah payah. Negatif betul ayat. Bila sebut susah payah separuh tenaga hilang. Mulai sekarang kita kurangkan penggunaan ayat-ayat negatif. Guna ayat-ayat positif seboleh mungkin. Hana dan Ammar juga sudah pandai dan mahir menggunakan ayat positif, terutama sekali Hana. Ummi ayah buat apa-apa perkara yang dia suruh buat, belum sempat berjaya dia sudah puji, "Wow! hebatnya!" 

Matlamat sekarang tidak lain dan tidak bukan adalah untuk menjadi seorang ibu yang fit, sihat, kaya dan berjaya dunia dan akhirat untuk Hana dan Ammar. Menurunkan berat badan ke tahap ideal adalah salah satu matlamat yang cuba dicapai. In Shaa Allah berjaya.  

Saya tertarik dengan perkongsian seorang ibu hebat yang terlibat dengan sukan angkat berat di Safiyya, TV9 kalau tidak silap saya, "Badan kita akan sakit-sakit apabila mengangkat bayi, akan lenguh-lenguh badan kerana badan kita tidak di train untuk melakukan perkara sedemikian, jadi kita akan mudah sakit badan, sakit kaki dan sebagainya". 

Apa-apa sahaja perkara semuanya memerlukan ilmu, duit yang disumbangkan untuk mencari ilmu tidaklah seberapa jika mahu dibandingkan dengan ilmu yang kita dapat. Saya belajar untuk tahu, untuk pandai dan bukan untuk bermegah-megah. Supaya misi saya lebih jelas, kekuatan saya lebih mendalam. Saya membayar yuran sebanyak RM150 sahaja untuk mengikuti kelas diet pemakanan sihat dan seterusnya mengikuti cabaran menurunkan berat badan bersama Coach Eija dan Coach Mazlina.

Banyak kali dah cubaan menurunkan berat badan tetapi apabila dilakukan sendiri cabaranya cukup besar dan seperti Yo-Yo. Sekejap naik, sekejap turun. Cabaran terbesar adalah selepas cerai susu Hana, sampai 10kg naik berat badan. Demand dua orang bertukar jadi satu, sebab itu jadi begitu. Masa tandem nursing dua orang anak dahulu, memang slim fan fit jugalah ummi. 

Mengikut ajaran sifu DAO, target kena kecil dahulu barulah senang dan bersemangat nak capai, jika diletakkan terus nilai yang besar, berkemungkinan semangat mudah patah dipertengahan jalan. Saya cuma target untuk turun 1kg sebulan dan akan mencapai berat ideal hanya selepas dua tahun dari tarikh permulaan iaitu pada 23/12/2017. Target untuk turun sebanyak 24kg ke berat ideal. In Shaa Allah berjaya. 

Kunci utama dalam penurunan berat badan pada hari pertama adalah minum air masak yang cukup, tingkatkan protein dan kurangkan lemak dan kalori. Ada meal plan yang perlu saya ikut sehari-hari, ada kiraan kalori untuk setiap makanan, doakan kejayaan saya ye semua. Untuk kehidupan yang lebih sihat, In Shaa Allah. Amin.

www.nhdbabyshop.com

Wednesday, December 23, 2015

Rindu Bonda

Teks: Nurul Diyana Mohamed

Harini hati saya suram sikit, rindu bonda tersayang. Saat hati susah memang hanya bonda dan arwah ayah di ingatan. Benda lain semua lupa. Kerana merekalah kekuatan saya. Ingat mereka demi Allah SWT.

Walaupun telah menjadi isteri orang, telah memiliki dua orang anak tetapi sesiapa yang boleh lupa akan ibu bapa? Kalau tanya saya, jawapannya tiada. Kerana saya sendiri sangat rindu dan kasih pada mereka setiap saat dan ketika. Ayah telah pergi buat selama-lamanya. Hanya kiriman Al Fatihah tanda ingatan. Ibu pula hampir setiap hari kami berhubung, jauh di mata dekat di hati. Sedang tunggu saat dan ketika bertemu empat mata. In Shaa Allah dalam masa terdekat ini.

Saya akan pelik apabila ada insan yang mampu melupakan ibu bapa kerana kerja, melupakan solat kerana kerja. Itu namanya LEKA. Kesian mereka. Saya suka petikan di bawah, perkongsian dari WhatsApp;

Jika orang tuamu memilih untuk diam kerana takut engkau marah, maka mungkin engkau adalah anak derhaka
 
Jika orang tuamu harus berhati2 ketika berbicara dengan mu, maka sangat mungkin engkau anak derhaka
 
Jika orang tuamu takut memberi usulan (cadangan) yang baik untukmu kerana takut engkau marah maka sangat mungkin engkau adalah anak derhaka
 
Jika orang tuamu takut mengungkap keinginannya kepadamu yang engkau mampu memenuhinya kerana takut engkau marah, maka sangat mungkin engkau adalah anak derhaka.
 
Sangat pedih ayat buya yahya ni. Layan la jaga la mak ayah kita dengan baik selagi mereka masih ada. Ingat redha Allah terletak pada mak bapak kita.
 
Jangan lebihkan kawan daripada mak bapak. Mereka yang melahirkan membesarkan mencorakkan kita. Kau berdiri sampai sekarang ni hasil didikan mak bapak kau.
 
Sentiasa doakan mak bapak kita dlm keadaan baik, kesihatan yg baik dll. Anak yg soleh/solehah itu sentiasa mendoakan mak ayahnya.
 
Moga kita semua tergolong dalam golongan anak2 yg soleh/solehah. aminn

Amin Ya Robbal Alaamin.

www.nhdbabyshop.com

Monday, December 21, 2015

Impian Berubah

Teks: Nurul Diyana Mohamed

Bila mengimbas kembali diri saya yang lama, langsung saya tidak menyangka saya kini menjadi seorang peniaga. Jika dulu impian saya adalah Ir. Kini impian saya sudah berbeza. Ingin menjadi Supermom. Bekerja, duit tetap masuk tetapi anak-anak dihadapan mata. Saya lebih selesa bekerja bersama anak-anak. Hati lebih tenang jiwa lebih senang walaupun kadang-kadang bila hujung minggu agak di luar kawalan.

Anak-anak jadi terlebih cergas bila dia tahu ayah ada di rumah, begitu juga bila balik kampung ada orang lain selain saya. Bila putera puteri terlebih aktif sampai tidur pun tidak mahu, mulalah saya mengarut, sebab jadual saya jadi kucar kacir. Kerja saya terganggu. Bila anak tidak tidur sekejap tengah hari bila penat mereka akan mengamuk dan meragam sampai ke malam.

Tapi itu cabaran biasa memiliki anak-anak kecil, waktu kecil cuma hadir sementara kerana sedar-sedar sahaja anak sudah besar, sudah pandai berdikari.

Kegembiraan bekerja masih belum mampu menandingi kegembiraan saya melihat anak membesar di hadapan mata. Menjadikan impian saya ketika masih bujang telah berubah. Kerana dulu saya tidak pernah terfikir untuk berkahwin kerana saya sedar kehendak keluarga dan saya soal jodoh agak berbeza. Tapi jodoh itu rahsia Allah SWT datang pada saat yang tidak kita sangka.

Saya yakin dan percaya Allah SWT sentiasa beri apa yang kita perlu bukan apa yang kita mahu. Tetapi itu tidak bermaksud kita tidak perlu merancang. Perlu merancang dan berusaha untuk dapatkan apa yang kita mahu, bila sampai masanya tidak berjaya pasti ada sebabnya, kerana Allah SWT lebih tahu apa yang kita perlukan. Pasti DIA sedang sediakan sesuatu yang lebih baik untuk kita. In Shaa Allah.

Salam Kasih Sayang,
CadarKalisAir4u
www.nhdbabyshop.com

Sunday, December 20, 2015

Mimpi Ular dan Lebah

Teks: Nurul Diyana Mohamed

Saya bukan orang yang selalu bermimpi, tidur pun tidur-tidur ayam sahaja. Dah jadi ibu dua anak ini pantang anak gerak sikit memang terjaga. Ada tu sebelum anak bergerak dah terjaga. Macam tahu-tahu sahaja. Naluri ibu mungkin. 

Malam tadi bermimpi sesuatu yang menarik dan pelik. Semuanya terjadi selepas layan anak-anak terjaga pukul 4 pagi dan tidur semula. Mimpi ular hitam yang besar dengan  jalur merah saga di sisi dan juga lebah. Selalunya orang kata mimpi benda berbisa dikaitkan dengan sihir. Tetapi saya ada apa hendak orang cemburu? 😊

Tetapi ada sesuatu yang menarik tentang mimpi tu, bila terjaga tidak banyak yang saya ingat. Cuma, yang saya ingat bisa ular boleh dibuat ubat dan lebah pula ada madunya bukan? Semua ini mainan tidur sahaja tetapi saya suka anggap ia sebagai gambaran disebalik setiap kesusahan itu pasti ada cahaya menanti. Itu lumrah alam. Kitaran kehidupan. 

Bila kita mengangap hidup seseorang itu indah di mata kita, tetapi pernah kah kita terfikir akan keadaan di kala kita tidak nampak? saya suka berpegang kepada kata guru saya, jika kita sibuk menambah baik kehidupan sendiri tiada sebab kenapa kita mahu kisah kehidupan orang lain. Tiada sebab mahu cemburu, tiada sebab mahu mengumpat. Doakan yang baik-baik sahaja. 

In Shaa Allah kehidupan kita juga akan jadi lebih baik dari sebelumnya, lebih tenang, lebih bahagia. Hidup ini pentas ujian, pentas pencarian bekalan untuk hidup yang kekal abadi. Andai di sia-sia kan dengan perkara tidak berfaedah tentu sayang. Ini juga ingatan buat diri saya sendiri. Semoga para pembaca bahagia di dunia dan di akhirat. 

A..minnn (Mohon Diperkanankan)

www.nhdbabyshop.com

Saturday, December 19, 2015

Ibu Saya Penoreh Getah

Teks: Nurul Diyana Mohamed

Rentetan viral mengenai luahan hati anak penoreh getah yang menyeru supaya harga getah di kaji semula, saya juga ingin berkongsi pengalaman sendiri. Sejujurnya saya bersetuju dengan apa yang diutarakan oleh beliau. Mengenai keperitan hidup penoreh getah masa kini.

Saya tidak malu untuk mengatakan saya juga anak penoreh getah. Malah ibu saya ibu tunggal yang membesarkan 8 orang anak selepas arwah ayah meninggal ketika saya berumur 15tahun.

Saya bangga dengan ibu saya. Beliau hanya berhenti menoreh hari raya yang lepas. Kerana sudah tiada kudrat. Walaupun menoreh bukan lagi keperluan di kala anak-anak semua sudah dewasa tetapi dek kerana sudah terbiasa bekerja keras, bebelan anak-anak dia pandang sepi.

Dari menoreh estet bersama arwah ayah, kemudian menoreh getah orang kerana tidak mampu lagi toreh kebun besar apabila arwah ayah sudah tiada, sehinggalah mok (arwah nenek) beri sekeping tanah kebun dalam setengah atau satu ekar (lupa dah). Tapi itupun separuh hasil pendapatan dikongsi dengan arwah nenek dan arwah kakak beliau (yang memiliki separuh dari kebun).

Jadi bayangkan pula apabila rezeki itu dibahagi dua atau tiga dengan pemilik kebun? Dalam kes ibu saya dibahagi tiga.

Hanya anak-anak penoreh getah sahaja yang tahu keperitan semua ini. Kerugian waktu hujan, bau busuk getah sekerap. Semua tu wangi. Sebab semua itu duit.

www.nhdbabyshop.com

Senyuman

Teks dan Foto : Nurul Diyana Mohamed
Senyuman paling ikhlas tentulah senyuman anak kecil. 

Semakin kita membesar semakin kurang senyuman dari wajah, lagi-lagi bila tertekan dengan kerja. 

Mengikut kajian, kanak-kanak tersenyum jauh lebih banyak berbanding orang dewasa. Semoga anak-anak ummi jadi orang yang mudah senyum sampai dewasa. Sebab senyuman itu sedekah, boleh menceriakan hari-hari orang di sekeliling, terutama sekali Ummi mereka.

Senyuman sebanyak 10saat selepas bangun tidur boleh menceriakan dan menarik aura-aura positif. Jom senyum 😊

www.nhdbabyshop.com

Anak Kaya dan Berjaya

Teks: Nurul Diyana Mohamed

Saya sebenarnya teruja hendak kongsi soal yang satu ini sejak semalam, tapi ada kekangan masa. Harini suami bantu kemas rumah, terima kasih suami tersayang M Othman Jamilan yang jadikannya rutin hujung minggu bantu isteri, jadi saya curi sedikit masa untuk kongsi perkara ini demi anda semua. Sebab saya masih perlu siapkan anak-anak selepas ini untuk keluar.

Perkara ini nampak kecil tapi kalau kita dapat lakukan bersama tentu impaknya besar buat anak bangsa. Buat masa depan yang lebih baik. Ianya mengenai tentang belajar. Perkongsian Prof Muhaya  dalam rancangan Prof Muhaya Dot Com beberapa hari lepas.

Pesan beliau kita kena belajar untuk tahu, untuk faham, untuk pandai, bukan untuk lulus periksa. Bila belajar tujuan untuk lulus periksa semata-mata, lepas habis periksa nanti lupa. Walaupun markah tinggi menggunung, tapi kita tetap tidak pandai. Kena betulkan niat. Belajar untuk faham, bukan lulus periksa.

Saya sengaja tulis secara berulang kali supaya lekat di fikiran pembaca. Fakta kepandaian itu hadir bila sesuatu perkara di buat secara berulang-ulang. Bukan buat sekali terus pandai dan berjaya.

Untuk lebih pandai, kena ajar orang. Lepas cikgu atau pensyarah ajar cepat-cepat cari orang untuk di ajar. Prof Muhaya sendiri di suatu masa dahulu tidak sabar mahu ajar kawan-kawan yang tidak faham setiap kali habis kuliah. Patutlah beliau berjaya. Bila ajar orang, ilmu lagi senang kita faham dan lagi berkat, In Shaa Allah. Ini ikut pengalaman saya sendiri bila ajar kawan-kawan. Saya memang suka bila dapat ajar kawan-kawan semasa masih belajar dahulu.

Buat ibu bapa yang ada anak-anak kecil atau anak-anak sekolah, pesan pada anak-anak, beritahu mereka;

"Bila balik nanti ajar Mama/Ibu/Emak/Ummi".

Pasti anak lagi gembira dan semangat ke sekolah untuk belajar, dapat ajar ibunya bila pulang. Jadi kena faham dan pandai. Ibu ayah buat la bodoh-bodoh sikit bila anak mengajar. Ini penting untuk bina keyakinan diri anak-anak. Buat mereka rasa penting, rasa hebat. Keperluan mandiri anak-anak.

Saya ada cuba beberapa hari ini pada anak kecil saya Hana dan Ammar, mereka memang gembira belajar dan mengajar. Hana cuma genap 2 tahun 10 bulan hari ini, Ammar baru 1 tahun 3 bulan. Fitrah anak-anak itu lahir macam kain putih, bersemangat, baik akhlaknya. Jika kita masukkan input negatif, jatuhkan kepercayaan diri mereka tentu sungguh sayang.

Saya doakan kalian berjaya didik anak bangsa hebat milik anda semua. Juga mohon kalian doakan saya juga dapat jadi berjaya seperti anda.

Salam Kasih Sayang,
www.nhdbabyshop.com
www.nuruldiyanamohd.com


Friday, December 18, 2015

Tabung Ayah

Teks: Nurul Diyana Mohamed

Malam tadi ayah dah buat tabung macam DAO ajar. Untuk elak kebocoran wang. Bersungguh ayah buat.

Tapi bila anak dara ni bangun pagi nampak tabung-tabung ayah.

Hana: Ummi, nak! nak beli aiskrim.

Ummi: Mintak ayah!

Hana: Nak. Nak aiskrim..

Tunggula ayah balik kerja nanti. :)

www.nhdbabyshop.com

Monday, December 14, 2015

Ayah Berkursus

Teks: Nurul Diyana Mohamed
Foto: Internet

Hari ini ayah berkursus. Ummi pula berkurus dengan anak-anak dalam bilik. Yang jadi berkurus tu sebab kena kejar anak-anak kan? anak-anak pula jenis yang memang bangun awal pagi, Alhamdulillah. Kali pertama ikut ayah berkursus sejak ada anak dua ini. Biasa lebih selesa di rumah. 

Kursus kali ini adalah untuk pembangunan diri dan keluarga, jadi bila ayah kata mahu saya dan anak-anak ikut. Memang tidak banyak cerita. Manalah tahu mungkin ini jadi titik tolak kepada kehidupan yang lebih baik dalam rumahtangga kami. Kursus bersama pakar motivasi perniagaan terkenal Dr. Azizan Osman. 

Kebetulan ummi ada perniagaan sendiri yang sekarang menfokus pada Cadar Kalis Air, nak pergi kursus yang makan masa berhari-hari macam ni memang tidak mampu memandangkan Ammar masih menyusu badan. Jadi hantarlah ayah. 

Dah cuba pergi Klinik Usahawan tempoh hari, separuh hari sahaja pun sudah rasa sangat kasihan dengan Ammar. Kakak saya, Nor Azizah yang jaga. Walaupun semuanya lancar, tetapi masa hendak tidur yang kebiasaaannya dia mengempeng, sedang mamai-mamai ibu anik dia pun dia sangka ummi. Kakak pula langsung tidak kisah, seronok bermain dengan sepupunya yang empat orang dan kawan-kawan, sampaikan langsung lupakan ummi. Ummi balik, langsung tidak hirau. Ingatkan akan dapat peluk rindu sebab dari pagi tak jumpa. 

Saya yakin dan percaya pada kata-kata yang selalu diutarakan oleh Dr. Azizan Osman, iaitu Ilmu kita akan menentukan pendapatan kita. Sebesar mana pun modal yang kita ada, jika dilaburkan tanpa ilmu ia akan lebur begitu sahaja. Saya pula memang mempunyai impian untuk menjaga anak sendiri, biar sesusah mana, saya akan pastikan anak di hadapan mata dan akan buktikan yang saya tidak pernah rugi memilih keluarga berbanding kerjaya Professional lama saya sebagai Jurutera Projek. 

Saya mahu kaya dan berjaya di dunia dan di akhirat bersama anak-anak dan suami serta insan-insan positif yang sentiasa di sampung saya termasuklah para pembaca sekalian. Tidak salah untuk memasang impian, pasanglah 101 Impian supaya ia jadi kayu api yang menjadi pembakar semangat untuk kita kaya dan berjaya di dunia dan di akhirat. Allah SWT memang sangat suka kepada hambanya yang Kaya dan Berjaya kerana banyak yang boleh kita lakukan untuk Islam. Doa saya bersama anda semua. In Shaa Allah. Amin.

www.nhdbabyshop.com
CadarKalisAir4u 
WhatsApp 0139747810


Beza antara Kejayaan dan Wawasan

Sebenarnya perkara-perkara kecil itu juga kejayaan. Contoh, apabila anak-anak berjaya didik anak pakai kasut dengan betul. Tepuk tangan dan pujilah. Ia akan bagi ENERGI pada anak untuk pergi lagi jauh. 

Kalau kejayaan dinilai sebagaimana mempunyai amaun 1 juta dalam akaun itu Wawasan. Raikan kejayaan yang kecil. Wawasan yang besar lebih senang dicapai dengan sokongan kejayaan yang kecil. 

Contoh paling mudah ialah ingin turun berat 20kg. Kalau target terus nak capai penurunan 20kg Memang susah nak capai. Letaklah panduan untuk turun 1kg sebulan dahulu. Dan raikan kejayaan itu. Tanpa sedar dah pun turun 20kg. Silap-silap kalau seminggu 1kg, 20 minggu dah boleh capai target. Senang sebenarnya. Cuma kita ni banyak sangat salah faham. 

Ingat, raikan kejayaan yang kecil. Walaupun sekecil berjaya membuat anak tersenyum. 😊

www.nuruldiyanamohd.com
www.nhdbabyshop.com
CadarKalisAir4u

Gadget untuk Dikawal Bukan Dihapuskan

Teks dan Foto: Nurul Diyana Mohamed

Di dalam gambar, Ammar sedang belajar huruf hijahiyah bantuan papan tulis dan gadgets. Saya sebenarnya bukanlah ibu yang terlalu moden, kalau ikutkan hati saya tidak mahu guna gadgets untuk anak-anak. Lebih suka mereka bermain dan meneroka tetapi kadang-kadang bila terlalu sibuk dan anak-anak mula buat aksi bahaya terbagi juga gadgets.

Hana seorang mahir dan banyak belajar sendiri tentang gadgets. Tak pernah diajar guna atau apa-apa. Tapi mungkin dia biasa lihat ummi dan ayah guna. Jadi mahir dengan sendiri. Kakak sepupunya yang umur 6 tahun pun pelik dengan Hana. Dia suka buat pandai dalam diam, tahu-tahu sahaja banyak perkara yang dia tahu sebenarnya. Cuma antara dia mahu tunjuk dengan tidak sahaja. Sebagai ibu yang 24jam bersamanya, tentulah saya yang paling banyak tahu apa yang dia mampu lakukan. 

Ammar pula suka sesuatu yang ceria, lebih suka melihat. Suka sangat video pembelajaran. Alif ba ta, abc..tapi mesti yang menarik. Tidak menarik pasti dia marah, tetapi masih belum mampu guna gadget sendiri. Kena orang buka kan. Biasanya kakak yang layan dia. Skrin tablet ummi pecah pun gara-gara dia bangun subuh hari jumpa tablet tetapi tidak boleh buka. Kena baling sampai pecah.

Gadgets bagi saya ada  baik dan buruknya. Boleh jadi membantu dan  boleh jadi juga melekakan. Tetapi perlu dikawal. Bila anak suka hadap tablet kadang-kadang ada rasa rugi sebab dia fokus pada skrin sahaja sedangkan jika buat aktiviti fizikal, banyak kemahiran dia boleh dapat. Saya sebolehnya tidak suka anak attach dengan gadgets. Suka rampas tiba-tiba atau kadang-kadang tidak bagi guna langsung. 

Berbanding kartun saya sebenarnya lebih suka beri anak tengok video bercorak pembelajaran. Tapi mengalami kesukaran untuk dapat video yang menepati citarasa anak-anak jika video tempatan. Malaysia banyak menumpukan pada cerita kartun upin ipin dan boiboi boy yang dialognya juga banyak kata-kata yang tidak enak di dengar. Memang ada pengajaran, tetapi anak-anak kecil tahu ke bezakan hendak ambil yang mana. Jika di ikut cara cakapnya sahaja?

Perbezaan inilah yang memerlukan pengawalan orang dewasa. Untuk memberitahu baik dan buruknya. Saya sentiasa berdoa walau apa pun yang anak lihat dan dengar, semoga hanya yang baik-baik sahaja masuk ke minda. In Shaa Allah. 

www.nhdbabyshop.com

Sunday, December 6, 2015

Followers

Teks: Nurul Diyana Mohamed

Bila terserempak kawan yang itu, termesej kawan yang ini. Tengah-tengah cerita tiba-tiba mereka cakap. 

"D, saya selalu follow apa yang awak tulis. Banyak nasihat berfaedah, saya suka baca"

Bukan sekali dua, tapi banyak kali dengan orang yang berbeza. Kadang-kadang sampai sepatah ayat tersirat pun mereka faham. Sekarang pula dah jarang sangat menulis semenjak serius menfokus Cadar Kalis Air. 

Tiba-tiba rasa terharu, rupanya dalam diam ada ramai followers. Rasa takut dalam masa yang sama, takut tersalah tulis, takut ada yang terasa. Tapi kata guru saya, takut takut tak jadi apa, kita yang tak maju tak jadi apa-apa. Orang negatif akan fikir apa yang mereka mahu walaupun ianya bukan apa-apa.

Bila menulis, saya tidak mengharapkan apa-apa balasan. Cuma saya menulis untuk kekal beringat, untuk kekal berfikir dengan betul dan menulis juga bantu saya untuk kekal positif dan bersemangat. Alhamdulillah. Di dalam dunia kecil saya, saya memang perlukan itu semua. 

Terima kasih ALLAH. 

Sebenarnya saya belum serius menulis, tulis saya banyak sekitar catatan harian, catatan pengalaman dan apa yang saya fikirkan sehari-hari. Itu cara saya mengelat. Cara penulis untuk kekal menulis tetapi dalam masa yang sama tidak memerlukan saya membuat rangka kerja terlebih dahulu. Itu ajaran cikgu ABDR saya kak Masayu Ahmad. Terima kasih cikgu! 

Kepada yang menjadi pembaca setia, terima kasih. Doakan saya serius suatu hari nanti dan impian untuk menulis buku tercapai In Shaa Allah. Semoga Allah SWT berikan saya ilham dan ilmu yang tidak putus-putus. Tidak lupa juga kesihatan yang baik. In Shaa Allah. 

Tetapi buat masa sekarang, saya perlu fokus pada Cadar Kalis Air. Baby baru saya. Kepada yang berminat boleh layari www.nhdbabyshop.com/cadar-kalis-air Di sana juga ada maklumat lanjut dan testimoni. 

Salam Kaya & Berjaya,
www.nhdbabyshop.com

Friday, December 4, 2015

Selalu Kena Pijak Belakang Bapak

Teks: Nurul Diyana Mohamed
Foto: Internet


Saya pernah! bila jadi anak perempuan last dan satu-satunya anak perempuan yang ada. Tiap-tiap malam memang arwah ayah akan request urut dia. Pijak badan, siku, tekan kuat-kuat. Kalau tak, tak rasa. 

Tapi arwah juga selalu ingatkan saya, saya insan BERTUAH, insan BERUNTUNG. Walau arwah telah lama pergi (semenjak saya berumur 13tahun), tetapi setiap kali rasa sedih, ada sesuatu yang buat saya ingat pada kata-kata beliau.

Memang kalau pakar kanak-kanak kata anak-anak patut sentiasa dipuji, dipositifkan itu, mengikut pengalaman saya memang betul. Kadang-kadang rasa bersalah pula kalau tercakap benda negatif pada anak macam JANGAN. Sebenarnya itu lebih mendorong anak-anak untuk buat perkara yang kita larang. Bukan menghalang. Saya lebih suka guna perkataan HATI-HATI berbanding JANGAN. 

Mula-mula memang payah, sebab kita dah diracuni dan diprogramkan dengan terlalu banyak perkara negatif. Tapi alah bisa tegal biasa. Dah selalu buat, bila terbuat tu dah rasa bersalah. 

www.nhdbabyshop.com
www.nuruldiyanamohd.com
WhatsApp 0139747810

Thursday, December 3, 2015

Stock Cadar Kalis Air Warna Pink Menipis

Teks: Nurul Diyana Mohamed

Pagi-pagi lagi dapat WhatsApp dari sifu Cadar Kalis Air saiz Queen cuma tinggal warna Beige sahaja. 

Belum sempat restock sudah licin. Beliau minta tolong poskan pada pelanggan stock yang saya ada. Memang laku keras! 

Secara tak langsung ramai yang dapat kami bantu. Alhamdulillah. Memang matlamat kami untuk menambah nilai dalam kehidupan orang lain. 

www.nhdbabyshop.com

#LapikTilam 
#CadarKalisAir4u 
#CadarKalisAir 
#AlasTilam 
#PottyTrain 
#Cadar 
#NHDBabyShop 
#PengeposanSeluruhMalaysia

Tuesday, December 1, 2015

Cadar Kalis Air

Teks: Nurul Diyana Mohamed

"Knock..knock.." tiba-tiba sahaja Poslaju Guy dah ada depan pintu. Alhamdulillah masalah poslaju yang dah berlarutan selama hampir 3tahun NHD BABY SHOP berjalan selesai juga. Alhamdulillah. Semoga semuanya lancar sampai bila-bila hendaknya.

Selepas pelbagai usaha dilakukan dengan bantuan semua pihak. Terima kasih pihak PosLaju, Politeknik Nilai dan EasyParcel kerana memberikan kerjasama dalam menyelesaikan masalah. 

Tinggal di kuarters kerajaan menjadikan kami seolah-olah dipulaukan daripada pihak pengeposan. Barang-barang yang dihantar tidak pernah sampai terus ke tangan. Perlu cari dahulu baru tahu ada. Apa akan terjadi sekiranya ada surat atau bungkusan penting yang di luar pengetahuan kami?

Untuk mereka yang bekerja selain pemberi perkhidmatan online seperti saya yang hampir 80 peratus pelanggan tinggal jauh dari kejiranan, memang terpaksa bergantung pada pihak kurier sepenuhnya. 

Saya sentiasa yakin bahawa setiap kesusahan pasti Allah SWT sediakan sesuatu yang lebih baik di sebaliknya. In Shaa Allah.

Semoga CadarKalisAir4u maju dan terus maju dan berjaya membantu lebih ramai insan yang memerlukan Cadar Kalis Air.

Setiap Ibu, Ayah, Datuk ,Nenek, Anak, Cucu dan sesiapa sahaja yang menggunakan tilam memerlukan Cadar Kalis Air. In Shaa Allah boleh membantu masalah penjagaan kebersihan tilam anda. 

Tiada lagi bau air kencing, darah haids dan nifas pada tilam anda In Shaa Allah. 

Tiada masalah kegatalan akibat hama tilam yang dikongsi di asrama lagi. 

Dapatkan segera selagi stok masih ada!

www.nhdbabyshop.com

Wednesday, November 25, 2015

Cara Pertahan Cinta Allah SWT

Teks: Nurul Diyana Mohamed

Indah bila mencintai Allah SWT lebih daripada cinta pada Hambanya. Tetapi bukan mudah untuk mempertahankan cinta suci itu selagi ada 'setan' mengganggu.

Tetapi juga sebagai hamba seringkali leka, lalai dan terasa dengan perkara tidak sepatutnya. Cinta sesama hamba tidak akan kekal, hanya cinta Allah SWT yang kekal abadi.

Siapa ada tips? tips untuk pertahankan cinta.

Saya bagi soalan dulu ye? nanti dah jumpa jawapan yang berkesan pada saya, saya kongsi.

www.nhdbabyshop.com
WhatsApp 0139747810

Tuesday, November 24, 2015

Cara Mudah Latih Anak Cepat Bercakap

Teks: Nurul Diyana Mohamed
Sumber: thevocket.com

Sedang berjalan-jalan di facebook seorang rakan kerana cerita menarik beliau mengenai tuan rumah yang baik hati tolong kemaskan lalang depan rumah tetapi rupanya yang dicangkul adalah serai beliau terjumpa link mengenai cara melatih anak cepat bercakap ini.

Sungguh menarik, saya akan cuba guna untuk Hana dan Ammar. Penting ini untuk saya kerana Ammar walaupun baru berusia 1tahun 2bulan, dia susah pandai buat ayat dua patah perkataan. Cepat sungguh perkembagan dia, cepat jalan dan cepat juga bercakap. Kakak dan ibu saya panggil Ammar bayi genius. Ini beri ummi lebih cabaran dalam mendidik amanah Allah SWT. Mungkin juga kerana dia anak susu ibu sepenuhnya walaupun seusia sekarang, masih ekslusif. Yang terbaik hanya dari Allah SWT. Itu kami yakin dan pasti.

Ummi ayah memang suka mempertahankan kelainan kami. Berbeza itu sangat bagus demi kejayaan. Hakikatnya bagi kami, apa yang tertulis dalam Al Quran mengenai penyusuan dua tahun penuh itulah yang paling tepat, jadi kami usahakan ke arah itu. Membesarkan anak pertama memberi kami keyakinan untuk memberikan lebih baik untuk anak kedua kami. Hana menyusu ekslusif satu tahun dan meneruskan susu ibu sehingga dua tahun satu bulan. Dan kami usahakan untuk Ammar ekslusif sehingga dua tahun, In Shaa Allah.

Berbalik semula pada cara melatih anak dengan cepat, artikel dari thevocket.com menerangkan tentang kaedah parentese. Bercakap menggunakan tatabahasa yang betul tetapi secara meleret-leret seolah-olah bernyanyi.

Saya pula jenis yang bercakap cepat, macam keretapi kata suami. Sebab itu saya rasa teknik ini penting untuk saya guna, kerana kedua-dua anak sedang aktif belajar bercakap. Jika benar bagai yang dikata, memang ini wajib saya guna. Dah terbiasa cakap mahu cepat, bimbang tak perasan menjadi akibat jadi susah pula anak mahu tangkap apa yang saya cakap. Walaupun kedua-duanya dapat tangkap ayat dengan baik selama ini, sedikit penambahbaikan tiada salahnya.

Juga dikatakan dalam artikel yang sama bahawa baby talk tidak boleh digunakan kerana ia boleh mengganggu perkembangan percakapan anak, anak akan jadi lebih lambat bercakap. Baby talk ini definisinya adalah apabila kita bercakap ikut bahasa anak-anak tu. Contoh "nak cucu" disebut untuk "nak susu". Sedangkan "cucu" itu memberi maksud lain. Kan dah susah mahu terangkan nanti. Bimbang selain pengunaan perkataan salah, boleh buat anak terkeliru pula.

Jom amal parentese. Saya mahu mulakan sekarang.

www.nhdbabyshop.com
WhatsApp 0139747810
Instagram: cadarkalisair4u


Bangunkan Product Baru Buat Kami Sibuk

Teks: Nurul Diyana Mohamed

Seminggu dua ini banyak masa dihabiskan untuk membina perniagaan dan rangka promosi untuk Cadar Kalis Air. Besok ada majlis penting rangka promosi. Keputusan yang dibuat tidak sampai dua minggu terakhir jadi banyak persiapan yang perlu dibuat. Mohon doa kan semuanya berjalan lancar.

Dengan masalah smartphone yang memakan masa lebih sebulan untuk dibaiki dan kemudiannya terpaksa hantar semula kerana tidak dapat signal pula. Bulan-bulan terakhir ini memang agak mencabar, tetapi saya yakin Allah SWT sendang mempersiapkan saya untuk sesuatu yang lebih baik, In Shaa Allah.

Banyak perancangan yang dirangka, banyak juga dugaan yang terpaksa terpaksa dihadapi. Semuanya demi impian dapat menjaga anak-anak dengan air tangan sendiri. Untuk mempunyai lebih banyak masa dengan anak-anak. Fokus kepada Cadar Kalis Air juga adalah satu persediaan. Anak-anak sedang membesar, dan saya tidak mahu mempersiakan waktu emas bersama mereka.

Dalam masa yang sama faktor kewangan juga memainkan peranan di mana hidup makan gaji suami seorang sudah tidak cukup untuk menghadapi ekonomi yang semakin mencabar. Tapi kita tidak mampu merubah orang lain bukan? Tapi dapat merubah kehidupan sendiri. Jadi kami akan berusaha sebaik mungkin untuk kehidupan yang lebih baik. In Shaa Allah. Doakan kami ye?

Bagi yang mengalami masalah dalam penjagaan tilam terutama sekali anak kencing malam. Jom kami bantu. Dapatkan Cadar Kalis Air dari IGShop cadarkalisair4u. Tempah sekarang! 

www.nhdbabyshop.com
WhatsApp 0139747810

Wednesday, November 18, 2015

Komen Kes Bunuh di Muar

Teks: Nurul Diyana Mohamed

Terkilan mengenai kes bunuh di Muar baru-baru ini yang melibatkan rakan sekolah suami. Sebenarnya sebelum tersebar di media saya sudah tahu kes ini tetapi saya sebenarnya tidak suka untuk mendengar atau melihat perkara-perkara negatif. Dah tahu pasti ramai yang mahu jadi keyboard warrior.

Tetapi hari ini terbaca juga apabila tengok komen saudara mara yang terkilan akibat komen negatif dan sangka buruk orang luar. Harap sesiapa yang terbaca post ini lebih bertimbang rasa dan menghormati keluarga si mati.

Sifu saya pernah berkata, kita ni kalau sibuk menambah baik kehidupan sendiri dah tak ada isu dah bab mengumpat mengeji menyibuk urusan orang. Cukuplah dengan ucapan takziah dan Al Fatihah.

Masalahnya kita kalau jumpa apa-apa isu sibuk nak mengomen. Saya sekarang kalau orang mengomen saya senyum sahaja, kesian sebenarnya. Kesian dia rasa diri sendiri sempurna walaupun masih banyak yang perlu diperbaiki.

Bagi saya, selagi seseorang tu tidak berada di tempat kita, situasi kits atau sekurang-kurangnya mempunyai kerjaya sendiri atau kerjaya suami yang sama atau anak sama banyak, mereka TIDAK LAYAK berkata apa-apa. Nak mencadang tidak salah, bab menilai tolong semak diri sendiri terlebih dahulu. Sebab itu yang saya sentiasa lakukan apabila terfikir mahu menilai. Syaitan memang sentiasa ada untuk mencucuk cik akak sayang. Jadi jangan merasa terlalu sempurna.

Maaflah sedikit tegas tapi ini kebenaran. Belajar dari pengalaman.

www.nhdbabyshop.com

Saturday, November 14, 2015

Positif

Teks: Nurul Diyana Mohamed.

Saya  rasa kanak-kanak itu sangat istimewa.

Bila dia menangis melalak mengamuk pun boleh tiba-tiba ketawa dan  gelak-gelak kalau kita sebagai ibubapa melayaninya dengan terus tersenyum dan  cakap baik-baik. Buat macam tiada apa-apa.

Macam ajaib pula.

Hari hujung minggu ini jadual ummi penuh lagi. Macam biasa la. Pulun urusan kerja yang tidak boleh buat  hari-hari biasa sebab ayah kerja waktu pejabat 8 pagi hingga 5 petang.

Dalam tengah sibuk nak cepat, tiba-tiba anak merajuk ayah rampas gitar mainan macam tidak boleh pujuk lagi dah gayanya. Ambil dukung pun meronta-ronta menangis. Si ayah awal-awal dah main jauh-jauh dengan adik.

Seronok sebenarnya layan  anak mengamuk kalau kena dengan emosi ummi (cuba untuk positif sepanjang masa). Mesti ada yang tanya, apa  yang seronoknya?

Seronok sebab boleh uji tahap kesabaran kita sampai mana? amanah Allah SWT ini  bukan boleh buat main, tapi kita mudah sangat nak leka, nak marah atau hilang sabar.

Seronok juga apabila berjaya memujuk anak-anak. Lihat wajah anak tu tersenyum selepas berhempas pulas, Allah..bahagianya. Hanya yang melalui sahaja dapat rasa.

Itu yang kena positif sahaja sepanjang masa sampai kadang-kadang kalau dah tidak boleh sabar dengan orang-orang negatif saya unfollow sahaja. Kalau melampau sangat dan sengaja kacau hidup saya, buat sakit hati, terpaksalah unfriends dan block. Terpaksa ya. Bukan sengaja sebab dunia saya kecil. Memang tak boleh nak hadap benda-benda negatif ni.

Bukan nak putuskan silaturrahim sebab dekat luar muka buku masih lagi bergelak ketawa dan bertepuk tampar. Itu juga sebenarnya salah satu cara  menjaga silaturrahim sebab tidak semua yang kita buat orang suka kan? kadang-kadang tanpa sedar kita post benda baik, orang negatif fikir sebaliknya.

Sebagai contoh pernah terjadi pada diri saya sendiri. Saya kongsi cara setting smartphone orang ingat saya mahu block dia. Jauh menyimpang betul ideanya walau tiada kena mengena. Orang negatif ini jangan buat main, kadang-kadang ada yang terlebih prihatin.

Ada juga tiap-tiap hari mesej tanya khabar, sampai saya senyap di  Facebook sebab balik kampung susah dapat line internet siap tanya  kenapa senyap siap  cakap rindu. Sampai satu tahap rasa bersalah sebab saya tidak pernah mesej dia dahulu pun sebab sibuk dengan hal sendiri sementelah tidak rapat pun. Setelah bertahun baru saya tahu apa yang saya cakap, hal anak-anak saya jadi bahan perbandingan dalam group rahsia beliau. Mujur ada yang sudi memberitahu apabila sudah tidak mampu jadi pendengar. Jika tidak sampai bila-bila saya tidak tahu.

Jadi, berhati-hatilah semua ya. Semoga anda sentiasa positif.

Salam Anda Kaya & Berjaya,

www.nhdbabyshop.com
www.nuruldiyanamohd.com

Wednesday, November 11, 2015

Wajah Anak Pengubat Hati

Hari yang sungguh mencabar harini.

Tapi cabaran itu memberi kita kesabaran dan boleh membawa ke tahap yang baru sekiranya dihadapi dengan sabar.

In Shaa Allah.

Bila susah hati ubatnya tengok wajah anak-anak. Part yang paling best bila buka ipad ternampak gambar adik masa sebelum jalan belajar berdiri dengan tarik rambut ayah. Win!

www.nhdbabyshop.com

Ammar

Teks: Nurul Diyana Mohammed

Ammar is so kelakar. He's doing his nature call. Dia rasa dia buat salah, bila ummi pandang dia cakap "oppss" sambil tangan kat mulut. Geli hati tengok, awak baru 1tahun 2bulan la anak.

Sikap terlebih pandai anak teruna ummi buat ummi huru hara packing barang dan uruskan tempahan sambil kejar dia satu pagi harini.

Sepahkan peti ais.

Sepahkan meja solek.

Gigit span bedak ummi.

Rosakkan jam tangan ayah.

Buli kakak.

Sepahkan rumah.

Melompat dalam bath tub.

Sepahkan nasi ummi ayah makan masa lunch.

Panjat almari dapur.

Dan banyak lagi.

Semua ini dia buat dalam masa satu hari sahaja.

Siapa yang rasa bekerja dengan itu senang? perlu tahap kesabaran tertinggi.

www.nhdbabyshop.com

Monday, November 9, 2015

Cadar Kalis Air Vs. Cadar Biasa

Teks: Nurul Diyana Mohamed

Sedang mengemas rumah sabtu lepas perasan perbezaan yang satu ni.

Sungguh kemas berbanding cadar fitted biasa.

Sebab itulah saya jatuh hati.
Borong banyak-banyak kongsi dengan rakan-rakan.

www.nhdbabyshop.com

Sunday, November 8, 2015

Bila Kak Hana Memilih Untuk Tidur Sendiri

Teks: Nurul Diyana Mohamed

Nurul Hana Damia nama yang saya dan suami beri pada anak pertama kami. Sekarang sudah berusia 2tahun 8bulan. Anak gadis yang sangat pandai sesuai maksud namanya yang bijaksana.

Sebenarnya banyak kali sudah Hana bangun tengah-tengah malam dan berpindah tempat tidur sendiri. Tetapi kebiasaanya kerana ummi bangun sebentar di tengah malam untuk siapkan sedikit rutin. Jadi, ummi akan teman hana tidur lepas dah siap kerja.

Pagi tadi, ummi bangun sekitar 2.30 hingga 3 pagi uruskan sedikit kerja, kebetulan ada hari ini ummi dah janji dengan kakak ummi, Nor Azizah untuk hantar Kak Icha balik ke Sungai Buloh, Selangor. Walaupun Kak Icha tidak mahu, tapi ummi tetap akan hantar juga sebab sudah berjanji. Kak Icha ada lagi tiga orang abang-abang dan kakak, semua sudah rindu. Kak Icha anak bongsu, sudah tentu walid dan ibu Kak Icha lagi rindu. Mereka lebih berhak pada Kak Icha walaupun kami juga sayang dia macam anak sendiri.

Sedang ummi melakukan urusan, teringat baju Kak Icha yang perlu ummi sidai. Jadi, ummi ke bilik belakang untuk sidai baju. Ummi sambil bekerja, otak selalu ligat berkira-kira, payah benar untuk fokus. Tabiat semenjak kecil. Sekali sedang berangan-angan terkejut bila terpandang Kak Hana berbaring di katil single beralaskan Cadar Kalis Air dari NHD BABY SHOP. Sungguh lena Kak Hana tidur. Tanpa cari ummi seperti biasa. Tidur sendiri.

Ummi berhenti kerja dan peluk hana, bagi sedikit ciuman. Kak Hana perasan ummi ada dan peluk ummi. Bahagianya ummi rasa menjadi ibu, anak-anak ummi memang suka peluk cium. Ummi layan perasaan sebentar sebelum beritahu Kak Hana ummi mahu sambung kerja, sebelum itu ummi beri Kak Hana susu strawberry kegemarannya. Kak Hana sambung tidur sendiri.

Tidak boleh kerja berlama-lamaan seperti biasa, terdengar Ammar merengek minta susu. Ummi susukan Ammar dan tertidur semula di sisinya. Jam sudah hampir pukul 6 pagi apabila ummi terjaga semula untuk solat subuh. Itupun terpaksa susukan Ammar dahulu, bayi ekslusif susu ummi ini memang juara bab menyusu. Badan pun cergas dan padat berisi. Umur 11 bulan sudah pandai jalan, 1 tahun 2 bulan sudah pandai berlari dan mengusik Kak Hana. Rampas barang Kak Hana sambil berlari dan jerit "ayi...." maksudnya lari. Ummi hendak marah tidak mampu sebab rasa sungguh comel.
Selesai susukan Ammar, ummi ke bilik tengah untuk solat supaya tidak mengganggu anak-anak ummi tidur termasuk Kak Icha. Ayah sudah ummi kejut untuk solat subuh. Tapi sebelum itu ummi jenguk dulu Kak Hana di bilik belakang tapi tiada. Ummi cari Kak Hana,  rupanya dah berpindah tempat tidur dalam gelap ke bilik tengah.

Kalau tadi bila dia sudah tidur, ummi matikan lampu di bilik belakang dia tidak mahu, sekarang dia sendiri yang berpindah tempat tidur di bilik gelap. Memang anak yang sungguh berani. Macam ummi dia. Lena sungguh dia tidur. Tiba-tiba ummi terfikir, adakah dia berpindah tempat tidur kerana tidak tahan ayah berdengkur? lucu pula dengan sangkaan yang satu ini.

Anak oh anak, apa pun sebabnya, ummi tetap bangga dengan setiap perkembangan kamu. Ummi sayang Hana dan Ammar. Sayang Kak Icha juga, tiba-tiba beberapa hari ini ummi ayah dapat anak yang dah  besar setelah Kak Icha tidak mahu balik rumah semasa keluarganya menghantar Kak Mira untuk temankan Tok Ma balik kampung hari Selasa yang lalu.

Ingatan untuk diri sendiri dan ibu bapa di luar sana, sesibuk manapun kita, pastikan ada masa pause untuk menghayati dan hargai perkembangan anak-anak walau sekecil mana pun. Selain terapi diri kerana melihat anak-anak itu sungguh menenangkan, masa bersama anak-anak itu sendiri sangat terhad kerana anak-anak cepat membesar. Bila tiba masanya mereka sudah pandai berdikari, hanya tinggal kita dan suami. Jika anda seperti saya, pasti akan merindui saat-saat ini.

Salam kasih sayang,

www.nhdbabyshop.com

Thursday, November 5, 2015

Karenah Anak-anak Harini

Teks: Nurul Diyana Mohamed

Bila Kak Icha jadi babysitter dan ummi sibuk check stok.

Semua mainan hangkut ke balkoni hokay!

6 tahun umur Kak Icha bermakna dah lebih kurang 6 tahun lepas masa baru habis Universiti saya tolong kakak Nor Azizah Mohamed buka kedai fizikal di Bandar Baru Sungai Buloh. Selalunya juga bekerja sambil jaga Icha ni masa baby.

Sekarang lagi mudah, hanya beroperasi online dari rumah. Huru hara tapi saya suka sebab anak-anak di hadapan mata.

www.nhdbabyshop.com

Wednesday, November 4, 2015

Terima Kasih Jiran

Teks dan Foto: Nurul Diyana Mohamed

Hari ini memang hari yang sangat sibuk. Subuh hari lagi dah keluar atas urusan penting. Lajak sampai petang. Tak sedar pun barang sampai. Biasa dapat panggilan dari kurier tapi harini senyap pula.

Sedang kemas-kemas rumah yang macam tongkang pecah tiba-tiba terjumpa dua kotak misteri yang besar.

Tanya suami, apa ni? Suami cakap, barang awaklah. Abang sebelah hantar. Jadi nak ucap terima kasih banyak pada kak Nurulhuda Rayyan dan suami sebab tolong terima barang.

Jadi pengeposan cadar kalis air, COD atau COC berjalan seperti biasa.

Sesiapa yang mempunyai anak-anak kecil, ibu ayah yang terlantar sakit, anak-anak di asrama atau sangat mementingkan kebersihan tilam boleh cepat-cepat order. Sementara stok masih ada.

Sungguh, memang sangat berguna dan berkualiti.

WhatsApp 013-9747810 untuk menempah.

www.nhdbabyshop.com
www.nuruldiyanamohd.com

Friday, October 30, 2015

Menyusu Anak Sendiri

Teks: Nurul Diyana Mohamed
Foto: Facebook

Berikutan kes seorang ibu yang membunuh diri selepas melahirkan anak selama 18 hari yang kononnya disebabkan tidak berjaya menyusukan anak dengan susu ibu. Timbul pelbagai reaksi dari semua pihak, jururawat yang bertugas sebagai di hospital di mana ibu itu melahirkan dimarahi majikan kerana dikatakan membenarkan ibu itu balik terlalu awal. Agak pelik juga kalai terpaksa menyimpan pesakit selama 18 hari tanpa apa-apa masalah kesihatan bukan? Tambahan pula saya sendiri yang mempunyai pengalaman dua kali melahirkan di hospital kerajaan juga tidak sanggup untuk tinggal lama-lama. Langsung tidak selesa.

Pengalaman pertama melahirkan secara pembedahan di Hospital kerajaan di Kelantan setelah menyerah diri kerana terlebih tarikh selama 11 hari. Walaupun akhirnya rasa sakit bersalin datang secara semulajadi dan berjaya mendapatkan bukaan sehingga 8cm tetapi akhirnya terpaksa dibedah hanya kerana disyaki bayi stress. Diugut kononnya bayi tidak akan berjaya diselamatkan sekiranya terlambat dan kononnya juga sekiranya dibedah bayi masih memerlukan rawatan rapi kerana telah lemas. Ditipu ke bilik bedah kerana dikatakan boleh cuba normal lagi, tetapi akhirnya tetap dibedah tanpa diberi sebarang peluang. Bayi juga sihat walafiat tiada apa-apa masalah. Memang sangat bersyukur kerana anak sihat walafiat tetapi pengalaman dibedah secara sia-sia tidak akan pernah saya lupakan. Dua kali sakit percuma hanya kerana doktor terburu-buru membuat keputusan. Bukan itu sahaja, mesin CTG yang digunakan untuk mendengar jantung bayi juga agak buruk sehingga menyukarkan bacaan. Mungkin itu juga sebab dikatakan bahawa bayi saya lemas. Tapi mungkin juga kerana tiada rezeki untuk saya melahirkan secara normal walaupun pelbagai usaha dilakukan termasuklah rutin perineal massage.

Saudara saya yang merupakan jururawat di hospital di mana ibu yang membunuh diri itu melahirkan memaklumkan bahawa hakikatnya mereka telah mengajar ibu itu bagaimana untuk menyusukan anaknya. Wad bertugas juga sedang dalam proses penambahbaikan sehingga terpaksa bersesak-sesak kerana jumlah pesakit yang ramai. Info daripada jururawat bertugas, dikatakan sehingga sempat berlaga punggung ketika menguruskan pesakit. Kesian mereka. Akhirnya turut dipersalahkan. 

Selain itu, ibu yang menyusukan anak sendiri juga turut dikecam hebat seolah-olah memberi tekanan kepada ibu yang tidak mampu menyusukan anak sedangkan mereka cuma ingin berkongsi kebaikan. Walaupun saya agak jarang berkongsi tentang susu ibu sejak akhir-akhir ini tetapi saya juga adalah penyokong tegar susu ibu. Tetapi kerana tidak mahu terlibat dengan sebarang pandangan negatif atau merasa negatif dengan pandangan dan sangkaan orang sekeliling saya memilih untuk lebih menumpukan pada anak-anak sendiri tanpa mencampuri urusan sesiapa. Pengalaman dikecam hebat kerana melakukan sesuatu yang berbeza dari kebiasaan orang tua seperti menyusukan anak secara ekslusif sudah biasa saya alami, saudara cuba curi-curi beri makan dan air masak banyak-banyak pun pernah saya hadapi. Dulu saya seringkali melatah dan marah tetapi sekarang saya belajar untuk bertenang dengan sikap orang-orang yang tidak menghormati ibu menyusu. Malah kini, saya mula mengasihani mereka kerana kekurangan ilmu. Jika seorang ibu mempunyai ilmu yang cukup tetapi masih tidak mampu menyusukan anak, mereka akan lebih berlapang dada kerana mereka tahu sebesar mana anugerah itu patut disyukuri dan dijaga. Malah tidak akan putus asa mencuba lagi untuk anak-anak seterusnya. Apabila seorang ibu kekurangan ilmu, maka terjadilah sikap-sikap negatif seperti mengecam hebat ibu-ibu lain. 

Perkongsian ibu yang kecewa dengan sikap-sikap negatif begini saya kongsi dengan anda di bawah. Saya juga sama, tandem nursing sampai yg sulung 2thn 1bln dan masih menyusukan anak kedua yang berusia 1 tahun 2 bulan hari ini. Majoriti list yang diberi adalah yang saya pernah rasa. Pesanan saya pada ibu menyusu di luar sana"Tak apa lah, mereka tiada ilmu, maafkan sahaja. Kita kalau dengar cakap orang tak akan maju ke hadapan. Kalau masing-masing sibuk uruskan dan menambahbaik kehidupan sendiri rasanya tiada sebab untuk kita pandang kehidupan orang lain. Tiada lagi masalah dengki dan khianat dan sebagainya. Saya tidak pernah memandang rendah pada orang yang tidak menyusukan sendiri anak sebab saya tak tahu apa yang mereka hadapi. Jadi masing-masing kena saling menghormati. In Shaa Allah, Aman dunia." 

Salam kejayaan buat semua. 

www.nhdbabyshop.com
WhatsApp 0139747810

Thursday, October 29, 2015

Kepentingan Teknologi dan Hidup Bermentor

Teks dan Foto:  Nurul Diyana Mohamed

Fitrah anak-anak dilahirkan ibarat sehelai kain putih, kita ibu bapalah yang bertangungjawab untuk mencorakkan nilai yang kita mahu. Baik yang dicorakkan, baiklah jadinya. Tapi itu dahulu, kini di zaman teknologi yang makin berkembang pesat, saya lihat anak-anak juga tercorak dengan apa yang mereka lihat,baca dan dengar sama ada melalui televisyen, media massa, tablet, perlakuan rakan-rakan dan sebagainya. Itulah akibat dari kesan dunia tanpa sempadan yang kita alami sekarang ini. Jadi, tanggungjawab ibu bapa sekarang bukan sahaja mencorakkan anak tetapi juga menangkis serangan anasir luar yang cuba mancorakkan anak-anak.

Kalau dulu kita membesar tanpa kenal telefon pintar dan tablet, tetapi sekarang tanpa telefon pintar, tablet dan sebagainya kita ibarat katak di bawah tempurung. Tidak tahu apa-apa. Pada pendapat saya, gadget ini tidaklah seratus peratus buruk sahaja, tetapi ada juga kebaikannya, dengan pengunaan gadget pada masa kini ibu-ibu tidak lagi terikat untuk bekerja di pejabat sahaja. Dalam keadaan ekonomi yang bermasalah sekarang ini, bekerja bagi seorang ibu ibarat telah menjadi suatu kewajipan untuk membantu suami mencari tambah pendapatan, kerja sorang makan gaji  memang sudah tidak mampu menampung kehidupan lagi terutama bagi golongan sederhana. Kalau miskin apatah lagi.

Percaya atau tidak dengan adanya teknologi, di rumah juga kita boleh kerja makan gaji. Janji ada orang yang sudi gajikan sahaja. Tidak mempunyai majikan juga tiada masalah, kita juga boleh berniaga sendiri dengan senang hati malah boleh jadi kaya dan berjaya dari orang yang makan gaji, janji ada mentor dan ilmu. Mentor perlulah yang telah benar-benar berjaya, jangan ambil yang suam-suam kuku pula. Dan yang paling penting, mereka sudi untuk ajar kita.

Dengan teknologi yang ada, kita sebagai ibu bapa juga berupaya untuk menjaga dan mendidik anak-anak kita sendiri tanpa campur tangan sesiapa. Saya ada satu kepercayaan di mana anak-anak apabila banyak tangan yang menjaganya, maka lebih banyak ragamnya. Itu yang saya belajar dari pengalaman orang sekeliling dan saya sendiri yang pernah menjaga anak-anak kakak yang dah berpuluh orang. Majoritinya saya pernah asuh dengan penuh kasih sayang, sebahagian besar cuti sekolah semenjak tingkatan tiga dan semester di universiti saya habiskan untuk mereka kerana kasihan pada kakak-kakak yang bekerja dan anak-anak saudara yang teraniaya dek kerana sikap pengasuh, orang gaji, nursery dan sebagainya. Sampai sekarang, walaupun mereka telah besar panjang, kasih saya masih menebal kerana tangan inilah yang pernah membelai, memandikan dan memberi makan mereka ketika kecil.

Secara psikologinya anak-anak harus dikasihi dan di manja terutama di bawah umur tujuh tahun. Apabila cukup kasih sayang yang diberi, betul cara manja nya, In Shaa Allah anak-anak akan jadi lebih mendengar kata. Tapi memanjakan juga jangan membabi buta, harus ada ilmu, jika mahu berjaya, mendidik anak juga perlu mentor. Berbaiklah dengan orang sekeliling, perhatikan orang yang telah berjaya dan ikuti cara mereka. Itu sebenarnya jalan pintas untuk kita mudah berjaya. Hidup bermentor menjadikan kita boleh mencuba dan menambah baik keadaan dengan lebih pantas. Dalam apa sahaja isu, dalam apa sahaja kejayaan yang kita mahu.

Jika tiada mentor yang sesuai atau belum jumpa, cara terbaik adalah cari ilmu, ikut sunnah sebaik-baik panduan dari Rasululullah SAW dan garis panduan yang telah ditetapkan oleh Al Quran. Bagi saya, itulah cara paling baik buat masa ini, In Shaa Allah.

Saya percaya, penggunaan gadget adalah untuk dikawal bukan dihapuskan. Jika tidak dapat elak, jalan seiring. Saya suka penuhkan rumah dengan pelbagai poster, buku-buku dan permainan berbentuk pembelajaran untuk memberi pendedahan pada anak-anak tentang ilmu yang mereka perlu tahu, ada boleh dapatkannya dari www.nhdbabyshop.com. 

Selain itu saya suka penuhkan tablet dan smartphone dengan pelbagai video pembelajaran seperti abc, 123, shapes, alif ba ta dan banyak lagi. Tetapi dalam masa yang sama saya kawal penggunaannya, saya akan rampas bila lihat anak terlalu leka dan di kebanyakan masa saya simpan sahaja. Cuma apabila dalam car seat sahaja saya beri sedikit kelonggaran kerana saya tahu mereka bosan kerana tidak boleh bergerak-gerak. Alhamdulillah setakat ini segalanya masih terkawal. Jika tidak beri langsung, lagi bagus sebenarnya. Cuma ibu bapa kena cari pendekatan yang lebih sesuai untuk didik anak-anak. Saya juga masih banyak perlu belajar, tidak sesuai menjadi mentor sesiapa. Cari ilmu, cari ilmu dan cari ilmu. Yakinlah, hanya ilmu itu yang akan menentukan sejauh mana kejayaan anda, sejauh mana pendapatan anda.

Semoga Anda Kaya dan Berjaya di dunia dan akhirat. In Shaa Allah

www.nuruldiyanamohd.com
www.nhdbabyshop.com
WhatsApp 0139747810

Wednesday, October 28, 2015

Tukar Website

Teks: Nurul Diyana Mohamed

Alhamdulillah, saya telah melangkah setapak kehadapan. Kini platform perkongsian saya bukan lagi www.nuruldiyanamohd.blogspot.com tetapi www.nuruldiyanamohd.com. Lebih meyakinkan bukan?

In Shaa Allah perkongsian juga perlu lebih lagi daripada biasa. Saya akan mula menulis dengan lebih serius. Semoga segala info di sini berguna untuk semua In Shaa Allah.

Temui kami juga di NHD BABY SHOP untuk pelbagai barangan keperluan anak-anak anda.

Salam sayang.

Tuesday, October 27, 2015

Cadar Kalis Air Wajib Beli

Teks: Nurul Diyana Mohamed

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah.

Bersemangat harini. Terima Kasih Allah.

Setiap rumah ada tilam kan? tilam single, tilam super single, tilam queen, tilam king, dan ada juga sarung bantal. Tapi bila tidak pakai cadar kalis air, lama-lama tilam jadi buruk dan berpeta. Jangan fikir yang ada anak kecil, masalah hama, orang tua lemah pundi kencing dan orang sakit sahaja yang perlukan cadar kalis air.

Saya pernah lihat ramai sahabat-sahabat dan saudara mara yang amat mementingkan kebersihan tidak membuka plastik ketika beli tilam atau bantal bagi menjaga kebersihan tilam. Tapi persoalannya, SELESA kah? Anda yang dalam kategori ini memang wajib punya Cadar Kalis Air ini.

Ia masih selesa walaupun kalis air. Material boleh bernafas dan yang paling penting tilam kita terjaga.

www.nhdbabyshop.com

Design Kad Nama

Teks: Nurul Diyana Mohamed

Saya memang sangat suka melakukan sesuatu dengan keringat dan jerih payah sendiri, memasang perabot rumah, membuat design, setting computer dan sebagainya.

Sebab apa? saya suka melakukan perkara dengan cepat dan tangkas, menyuruh orang itu dan ini dan mereka lambat atau beralasan cuma akan membuatkan saya rasa sedikit kecewa. Tetapi saya sedar sikap tidak sabar bukanlah sesuatu yang baik untuk diamalkan. Jadi sekarang saya belajar untuk lebih bersabar. Saya kalau marah memang sangat buruk rupanya. Sebab itu sama ada lakukan sendiri sehabis baik atau terpaksa mohon pertolongan dengan penuh sabar adalah jalan pilihan.

Tapi yang pertama, haruslah berusaha sebabis baik dahulu. Baru betul. Semalam seharian perah otak design name card baru, dan inilah hasilnya.  Alhamdulillah, syukur. Satu lagi kejayaan buat diri sendiri. Kejayaan semasa bersama anak-anak dihadapan mata buat nilai kejayaan itu jadi lebih berharga. Jadi, selamat tinggal impian kerjaya dan selamat datang impian berniaga.

P/S: Ada ke yang berminat nak buat tempahan kad nama?

www.nhdbabyshop.com

Monday, October 26, 2015

Reset Samsung Galaxy Ace

Teks: Nurul Diyana Mohamed

Terima kasih Allah.

Setelah sekian lama Samsung Galaxy Ace ini tidak boleh on sebab anak team up main pattern dengan si ayah. Akhirnya berjaya juga di reset.

Selama ni pergi kedai tanya mereka mahu caj sampai ratusan ringgit. Baik beli handphone baru! Dah macam-macam cuba untuk reset tapi tak boleh. ARM9 mode. Sampai putus asa.

Akhirnya berjaya juga buat sendiri dan ianya percuma!

Ok, saya memang sangat friendly dengan segala setting gadgets. Sedikit tekanan memang sangat berguna kan? Otak engineer saya masih berfungsi. Alhamdulillah.

Semua sebab Lenovo Center buat pekasam Lenovo S90 saya. Tiga minggu sudah tak ada smartphone.

www.nhdbabyshop.com

Sunday, October 25, 2015

Cadar Fitted Kalis Air Terbaik

Dialog anak dan ibu (selepas seminggu datang dari kampung melawat kami di sini)

Ma: Laku sungguh cadar kalis air ni. Ma pun dah siap-siap asing stock untuk bawa balik kampung.

Saya: Ya Ma, Alhamdulillah.

Cadar kalis air ni memang bagus untuk yang ada anak-anak kecil, anak-anak di asrama, penjagaan orang sakit dan orang tua yang mengalami masalah lemah pundi kencing , berkualiti dan tidak panas. Saya lihat ramai yang jaga tilam dengan mengekalkan plastik semasa baru beli, bantal atau tilam di balut begitu sahaja. Bunyi bising betul. Tapi cadar kalis air ini jenis fitted, melekap kemas pada tilam dan TIDAK BISING. Diimport dari US dengan kilang yang mempunyai kepakaran khas dalam menyediakan waterproof material.
Yang terbaik di pasaran, In Shaa Allah.

www.nhdbabyshop.com

Saturday, October 24, 2015

Cadar Kalis Air atau Alas Tilam Moden

Soalan Lazim Cadar Kalis Air.

www.nhdbabyshop.com
WhatsApp 0139747810

Onya Baby SSC

Teks: Nurul Diyana Mohamed
Foto: Internet

Menghadapi kesukaran menguruskan anak-anak ketika berjalan-jalan?

Soft Structured Carrier (SSC) adala item wajib yang patut anda miliki. Ia sungguh hebat dalam memberi bantuan menguruskan anak di samping mengekalkan keadaan normal anak ketik duduk, berat anak dibahagi sekata pada badan. Jadi anda tiada masalah sakit badan lagi.

"Dulu rasa mahal tapi bila dah tahu kebaikannya rasa sangat berguna dan murah, dari berkira-kira saya jadi mahu beli lagi dan lagi, pelbagai jenama saya cuba, tetapi Onya memang menang bab ringan dan sesuai untuk aktiviti luar. Ia tidak panas. Kalau anak mahu tidur, dia tidur sahaja. Masalah tantrum anak saya selesai. Saya sukakannya" - Puan Nurul.

Kami ada menyediakan DISKAUN HEBAT sempena International Babywearing Week!

Onya Outback Ergonomic Baby Carrier;

Harga asal 549.00, harga termasuk GST  581.94. Tapi kalau dapat grab ready stock GST tu saya serap. untung banyak!

Diskaun 40% daripada  RM549

Harga after less RM329.40

kuantiti limited. dapatkan sekarang!

Ansuran juga diterima

Lokasi: Bandar Enstek

www.nhdbabyshop.com :)

Bermain Dengan Anak

Teks: Nurul Diyana Mohamed
Foto: Internet

Kalau ada mainan, bukan nilai mainan yang penting tapi nikmat masa yang diluangkan buat bermain bersama anak-anak.

Seorang kawan pernah katakan pada saya. Luangkan masa bermain dengan anak-anak, lima minit sahaja pun sangat berharga dan bernilai buat anak-anak berbanding kalau kita gunakan untuk bermain tablet atau bermesej dengan kawan-kawan langsung tidak dapat apa-apa faedah. Sebab tu ada kalanya saya kalau anak datang sebelah, ada kerja tapi kurang penting ditinggalkan dahulu sebantar dan layan anak-anak.

Sebab saya yakin dan percaya anak-anak saya paling gembira jika saya layan mereka bermain.

www.nuruldiyanamohd.blogspot.com
www.nhdbabyshop.com
WhatsApp 0139747810

Friday, October 23, 2015

Cadar Kalis Air atau Alas Tilam

Teks dan Foto: Nurul Diyana Mohamed

Allahu.. sayu rasa hati bila untuk kesekian kalinya ada pelanggan yang merayu hendak Cadar Kalis Air cepat sebab kesian pada ibu yang sakit,tak tahan anak kencing tilam, ibu yang mengalami masalah pundi kencing.

Mohon ye, kalau ibu kita sudah tua, beli lah sediakan untuk dia. Pelaburan yang walaupun nilainya kecil tapi sangat berharga buat orang tua kita. Kadang-kadang mereka mahu beritahu mereka malu.

Kalau nanti bekalan habis nanti terpaksa tunggu lagi. Kesian mereka.

Sebaik-baik pertolongan adalah pada insan yang dekat dengan kita, apatah lagi ibu bapa.

Semoga semua usaha anda diberkati. In Shaa Allah, Amin.

www.nhdbabyshop.com

Monday, October 12, 2015

Anak-anak Pintar

Teks: Nurul Diyana Mohamed

Dalam rumah ini adik yang banyak ajar kakak. Dalam ummi ayah sibuk dengan hal masing-masing, Ammar juga dengan misi tersendiri.

Ummi cukup berjaga-jaga kalau Ammar botak sebab akalnya akan jadi panjang sangat.

Islam itu indah, bila disunatkan mencukur botak rambut anak selepas 7 hari dilahirkan. Pasti bersebab.

www.nhdbabyshop.com

Mencari Ilmu

Teks: Nurul Diyana Mohamed

Seminggu ini timbul kesedaran tentang kepentingan bermentor setelah menyertai seminar online Dr. Azizan Osman. Seorang mentor yang hebat. Sungguh mantap dan jujur dalam menyampaikan ilmu. Video 1 hingga 5 telah selamat saya khatam. Tiket kelas IMKK untuk suami juga sudah dibeli. Teringin untuk pergi berguru sendiri tetapi sayangan ada kekangan anak yang masih menyusu. Tak apa, pasti saya pergi juga suatu hari nanti. Tak sabar tunggu Ammar berumur dua tahun.

Sekarang Ammar dan Hana jelas makin pandai dan menyenangkan hati ayah dan ummi. Semoga kami semua cukup bersedia untuk berjaya di dunia dan akhirat. In Shaa Allah. Doakan kami para pembaca.

www.nhdbabyshop.com

Thursday, October 8, 2015

Kakak Yang Pandai

Teks: Nurul Diyana Mohamed

Situasi; Kakak baru lepas sarapan Thomas pasta.

Kakak: Ummi, nak cuh angan (nak basuh tangan) ; sambil hulur tangan.

Adik pula tersedar dari tidur minta susu.

Ummi bukak pintu bilik air.

Ummi: Kakak basuh tangan sendiri ye. (Dah siap ada kekuda untuk anak capai sinki)

Ummi kat depan masih dengar air bunyi, selepas beberapa minit kakak keluar ke ruang tamu dengan semua berus gigi di tangan (tok ma punya, kakak punya ada 3 termasuk yg lama)

Ummi: Kakak belum tutup air? tolong tutup air sayang.

Kakak: Ok. (Sambil berlalu ke bilik air)

Ummi dalam hati sedang berharap kakak pergi tutup air sebab adik masih menyusu. Seketika kemudian bunyi air berhenti. Kakak datang depan. Ummi bagi "high five" dan "kiss".

Ummi: Hebatnya kakak!

Kakak: Senyum-senyum.

Pandai rupanya. Ummi sahaja yang manjakan anak, bagi bukak tapi tolong tutup. Adik ammar pun dah lama pandai buka paip air. Nanti test kat adik pula.

Seronok lihat perkembangan anak-anak depan mata walaupun bagi orang lain tak seberapa.

2yr7m Kakak dan 1yr 2m Adik. Ummi Ayah sayang kalian berdua.

www.nhdbabyshop.com

Tuesday, October 6, 2015

Berniaga Tidak Buat Duit?

Teks: Nurul Diyana Mohamed

Alhamdulillah malam tadi walaupun kepenatan sempat juga COD barang ke Kampung Salak Tinggi dan Giant, Nilai.

Pelanggan juga bagi kerjasama yang baik, bagi saya itu juga rezeki Allah SWT. Hidup tak selalunya indah, langit tak selalunya cerah. Pernah juga bila dah sampai tempat dituju pelanggan tak dapat dihubungi. Beberapa lama tunggu baru beritahu tak dapat datang. Berniaga sendiri angkut anak-anak 1tahun 2bulan dan 2tahun 7bulan. Orang nampak senang, orang pandang lenang. Tapi hanya Allah SWT sahaja yang mengetahui susah payahnya sehinggakan suami pernah offer 6K suruh saya berhenti. Belum masuk lagi hutang belajar degree diploma yang mahu dia bayar tiap-tiap bulan. Duit pada ibu saya lagi. Tapi saya cakap TIDAK.

Ini bukan sekadar perniagaan tetapi ini kehidupan saya, keyakinan diri saya, apa yang saya mahu dan apa yang saya suka. Mujurlah beliau kini memahami. Ada yang pernah kata saya buat duit banyak, mungkin duit saya lebih daripada gaji orang bekerja. Tapi mereka silap, ada orang berniaga tidak buat duit pun. Ada sahaja pelanggan tak bayar. Dapat barang kemudian senyap, biasanya kawan-kawanlah. Kalau dengan ahli keluarga pula biasanya bagi harga modal. Dalam masa yang sama duit yang ada pusing buat modal. Jadilah kosong-kosong-kosong. Tidak mengapalah, Allah SWT maha mengetahui apa yang terbaik buat kita semua.

Dalam perniagaan kena ada mentor, kena ada panduan. Tapi bukan semua orang boleh jadi mentor, kalau jumpa yang bagus, ramai-ramai pun tak apa. Bukan tidak mencari tetapi ramai mentor yang jumpa diri sendiri separuh jalan berniaga, ada juga yang jadi penyedia networking sahaja. Tapi Alhamdulillah semua berjasa memberi ilmu dan bimbingan bermanafaat tidak banyak sedikit. Saya tidak menyalahkan sesiapa. Itu kisah lalu, kini sedang bersedia untuk buku baru. Anak-anak pun sudah pandai main sendiri, kini ummi punya lebih sedikit masa untuk set up semula apa yang dah ketinggalan. Yang terbaik untuk semua. In Shaa Allah.

Amin

www.nhdbabyshop.com

Monday, October 5, 2015

Saya Mahu

Teks: Nurul Diyana Mohamed

Hari ini belum sampai separuh hari tetapi saya sudah kagum dengan ungkapan "I do this because I want to, not because I have to".  Saya berjanji pada diri sendiri akan tanamkan sikap ini pada anak-anak saya.

Beberapa hari ini adalah hari yang sungguh hebat dalam mengumpul ilmu. Nampaknya kakak saya Nor Azizah Mohamed mampu mengembalikan saya yang lama dengan perkongsian positifnya. Malah saya boleh katakan ia lebih lagi. Sebelum ini saya mersakan menjadi orang yang positif, sentiasa mengikut keadaan dan berusaha bersungguh-sungguh sudah cukup tetapi sebenar ia tidak. Dengan prinsip saya yang lama, mungkin saya boleh jadi bos yang berjaya tetapi saya belum boleh jadi diri sendiri yang berjaya. Dan saya mahukan itu semua.

Tanpa sedar, saya mahu bekerja sendiri kerana saya mahu. Saya mahu menjaga anak sendiri kerana saya mahu. Saya mahu mengawal hidup saya tanpa kongkongan sesiapa selain Allah SWT kerana saya mahu bukan kerana terpaksa. Tetapi malangnya sebelum ini tanpa sedar saya lakukan kerana terpaksa sebab saya terlupa setting minda dan bergerak mengikut keadaan dan situasi dan agak lemah dalam disiplin kerana cabaran menguruskan anak-anak dan rumahtangga. Walhal itu langsung bukan halangan kerana itu apa yang saya suka dan gembira lakukan.

Saya pernah menjadi orang yang mengkagumkan orang lain tetapi saya lupa saya perlu lepas dari penghargan manusia. Saya perlu kagum hanya dengan diri sendiri bukan orang lain perlu kagum dengan saya. Saya lakukan semua perkara kerana saya mahu bukan?

Ilmu dan motivasi setiap hari adalah penting supaya saya tidak leka. In Shaa Allah saya akan berusaha untuk konsisten.  Doakan saya.

www.nuruldiyanamohd.blogspot.com
www.nhdbabyshop.com

Sunday, October 4, 2015

Orang Kaya

Teks: Internet

Saya sangat suka perkongsian ini. Jadi saya share sini. Semoga berjasa buat semua;

Ustaz Azhar Idrus

July 30 at 1:50pm ·

TIPS PALING SIMPLE UNTUK MENJADI ORANG KAYA.

Nak merasa jadi orang kaya ? Boleh try amalkan tips simple kat bawah ni :

1. Lepas makan kat restoran / gerai makan, tinggalkan shj duit balance yg seringgit dua/sen tu sebagai tips kpd mereka yg serve kita. Tak luak pon duit kat dalam poket. Jutawan pun belum tentu boleh buat.

2. Time isi minyak kereta, lepas attendan pam tlg kita cuci cermin atau isikan minyak, ringankan tangan bagi token. Tak kiralah apa bangsa sekalipun,kita tidak tahu doa yg mana akan makbul. Mereka yg berkereta mewah dan pakai driver, belum tentu ada peluang utk buat camtu.

3. Jika kita singgah solat kat mana2 surau atau masjid,jgn lupa lepas solat seluk poket carik note yang paling BESAR utk disedekahkah ke tabung masjid. Manalah tau, mungkin sumbangan terakhir kita. Hanya orang yg betul-betul kaya mampu berbuat demikian.

4. Cuba ubah tempat kita shopping barang keperluan harian. Selalunya kita ke pasaraya besar spt Tesco/Giant, cuba shopping kat pasar tani pulak kali ni. Sambil tolong penjual/petani. Tak perlu berkira sgt mintak tawar menawar sayur atau lauk mentah tu.

5. Time nak belikan mainan anak, bawak je diorang ke pasar malam. Bagi duit RM10, macam2 toys boleh beli kat sana. Sambil boleh bantu peniaga pasar malam. Daripada duk gi Toys r Us, RM10 buat bayar parking je.

6. Bila naik teksi, genapkan ajer tambang tu. Dengan niat utk sedekah. Jika mereka diberi peluang, mungkin mereka tak nak jadi pemandu teksi.Tak semua orang berpeluang naik teksi & jd penumpang.

7. Adakala kita tgh queue di kaunter bayaran mini market, jumpa budak2 merengek nak beli jajan or gula2, apa salahnya tolong amikkan dan bayarkan. Buat diorang tersenyum.

8. Time travel balik kampung, singgah di mana-mana RNR, liarkan pandangan kita. Tengok2 la orang sekeliling. Ada yg singgah dgn family ramai, naik kereta lama siap berhimpit anak ramai. Makan pon mcm kena kongsi. Apa salahnya belikan air atau bayarkan makan walaupun mereka mampu.

9. Masa kita minum di kedai kopi/kedai makan,sekali sekala tu apa kata kita cuba bayarkan makan atau minum utk meja sebelah. Usha dulu la meja, tengok yg mana yg patut dibayar. Tak perlu sebab dan alasan.

10. Jika ada peluang pi melawat org sakit kat wad, time nk belikan buah tangan, apa kata beli extra 1 pack. Pass kat jiran dia katil sebelah. Doakan ksejahteraan mereka.Besar nilainya bg org yg tgh sakit dpt ingatan sebegitu. Orang kenamaan shj biasanya ada peluang buat camtu.

Kita tidak memerlukan masa dan saat yg sesuai utk menjadi orang kaya. Kita juga tak perlu sebab dan alasan tertentu utk menjadi seperti orang kaya. Apa yang penting adalah KEIKHLASAN.

Cubalah, saya yakin insyaAllah anda akan menjadi seperti orang kaya dan usah khuatir kerana anda tidak akan menjadi seorang yang papa kalu buat perkara di atas. Hari ini mungkin tangan kita yg memberi, mana tahu esok lusa kita pula yg akan menerima?

SHARE utk semua dgn harapan kita semua menjadi orang KAYA.

www.nhdbabyshop.com

Saturday, October 3, 2015

Simpan Emas

Teks: Nurul Diyana Mohamed

Orang Kelantan memang sinonim dengan simpan emas, hadiah peperiksaan kalau dapat result elok saya dulu ma, kakak-kakak dan abang ipar bagi gelang emas, rantai emas, anting-anting emas bukan hadiah merapu.

Dulu, saya pun tak faham walaupun tahu nilai emas. Tak terfikir saya nilai duit akan jatuh sebegini teruk sampai hampir tiada nilai di luar negara.

Saya tidak fikir emas penting sebab saya kurang suka pakai. Nasib yang ada cuma kecil-kecil sahaja. Bila orang marah tak bagi beli emas saya tak tahu nak jawab apa, akhirnya  cuma jawab "saya gun duit sendiri, tak minta duit orang pun" untuk tutup mulut. Biadap rasa tapi terpaksa sebab rasa kecewa sangat orang campur hal peribadi saya masa tu.

Kalaula saya sedar dari dulu, kalau la saya tidak begitu menyampah nak pakai barang kemas masa kecik-kecik tentu dah lama saya sedar. Dulunya barang kemas saya buat mainan kumpul banyak-banyak adik beradik punya dan berlagak macam mami jarum. Saja usik ma dan kakak-kakak.

Tapi kini ia begitu berharga. Rasa macam semua duit simpanan mahu ditukar emas.

Sebab itu perumpamaan "Masa itu Emas" bukan "Masa itu Duit"

Eloklah pakat menyimpan emas semuanya, di bank-bank pun dah lama ada akaun emas. Tapi yang paling bernilai dalam bentuk barang kemas. Lepas ni bolehla beli untuk anak-anak. Biar kecil asal bernilai.

www.nhdbabyshop.com

Friday, October 2, 2015

Berubah Kerana Allah SWT

Teks: Nurul Diyana Mohamed

Peringatan untuk diri sendiri hari ini dan bagi yang sudi membaca.

Bila kita berubah biarlah kerana Allah SWT. Jika tidak, perubahan tidak akan kekal lama. Bila kita masih setia apabila disakiti, itu tandanya hati kita milik Allah SWT.

www.nhdbabyshop.com

Tuesday, September 29, 2015

Perniagaan Online

Teks dan Foto: Nurul Diyana Mohamed

Baru sahaja menelefon ma tersayang sebentar tadi. Terapi harian saya.  Entah bagaimana keluar topik pasal pernigaan pula tadi. Mula-mula tentang perniagaan vitamin organik shaklee yang mana Ostematrik dan AJHT memang menjadi teman setia ma dan mak mertua sekarang.

Kemudian terkeluar cerita sekarang saya cuba untuk fokus kepada beberapa produk sahaja seperti Cadar Kalis Air yang lebih baik dari alas tilam, Periuk Pelbagai Guna Bertekanan Tinggi Noxxa dan Onya Ergonomic Baby Carrier. Alasan saya kerana kesibukan menguruskan anak, saya sudah tidak mampu mempromosi banyak-banyak barang seperti selalu. Kurang promosi bermakna kuranglah jualan. Itu lumrah. Langit tak selalu tenang, kita juga tidak selalu di atas. Turun dan naik itu biasa.

Ma tertarik dengan Cadar Kalis Air. Katanya ini produk yang sangat bagus untuk diketengahkan. Bila saya beritahu harga, ma kata memang murah. Sangat berpatutan. Beliau bercerita melalui pengalaman dalam membesarkan anak-anak. Ma tanya, saya guna ke? Saya beritahu memang semua barang yang saya jual saya guna, baru seronok mahu jual. Produk ini sangat bagus dan sesuai untuk anak-anak yang sedang belajar ke tandas, anak kencing tilam, menguruskan orang sakit, membantu orang-orang tua yang mengalami masalah lemah pundi kencing, mengelakkan anak-anak yang tinggal di asrama dari serangan hama dan banyak lagi kelebihan.

Sejujurnya walaupun berkecimpung dalam dunia perniagaan online sudah menuju tahun ke tiga. Tapi saya bukanlah orang yang ringan mulut bercerita mahupun menjual ketika bertemu dan bertegur sapa secara offline walaupun dengan adik beradik dan ibu sendiri. Selalunya group peribadi dengan kawan-kawan juga saya tidak ganggu melainkan diberi keizinan untuk beriklan.

Kadang-kadang apabila ada yang bertanya, kakak-kakak pula beria-ia jadi tukang menjawab berdasarkan pengalaman mereka. Menjadi penyokong setia tentulah kakak kesayangan saya Norisah Mohamed dan Nor Azizah Mohamed. Terima kasih sebab banyak membantu dan memberi ilmu berguna. Baru sahaja beberapa hari yang lalu saya belajar ilmu pengurusan kewangan dengan kakak yang pakar dalam wang ringgit Nor Azizah Mohamed. Beliau juga baru sahaja pulang menghadiri seminar Dr. Azizan Osman.

Kakak saya yang satu ini memang pakar buat roti canai dan murtabak frozen walaupun suami isteri mempunyai kerjaya yang tetap. Sebelum ini suaminya iaitu abang ipar saya Sairi Yaakob memang berniaga roti canai secara sambilan di hujung minggu dan murtabak di bulan puasa. Memang sedap. Lokasi di hadapan Masjid Saujana Utama, Sungai Buluh. Saya lupa pula nama masjid yang di hadapan KFC tu.

Syukurlah dikurniakan insan-insan positif disisi. Jatuh bangun, turun naik saya sentiasa bersama insan-insan tersayang baik dipihak keluarga suami M Othman Jamilan mahupun di pihak keluarga saya sendiri. Alhamdulillah.

Semoga kami sentiasa bersatu sampai syurga. In Shaa Allah.

Amin.

www.nhdbabyshop.com
www.nuruldiyanamohd.blogspot.com

Monday, September 28, 2015

Promosi Onya Baby Carrier Sempena International Babywearing Week

Teks: Nurul Diyana Mohamed

Mendapat berita gembira daripada pembekal.

"Dear Valued Business Partners,

We are pleased to announce that we will be running special promotion for Onya Baby Carrier for the entire month of October in conjuction with International Babywearing week, you may start ordering now to get this promotion price."

Kali ini promosinya In Shaa Allah 40%.

Pengendong bayi adalah pembantu wajib untuk saya. Sangat membantu dalam menguruskan anak-anak. Bukan kata di luar rumah. Di dalam rumah semasa bekerja juga saya gunakannya. Demi keselamatan anak. Kadang-kadang risau hendak tinggalkan sendirian.

Ada masanya juga saya carry anak kerana mereka tidak sihat. Onya Baby Carrier memang sesuai untuk aktiviti luat dan dalam rumah. Juga sesuai untuk bayi yang lebih besar sehingga kanak-kanak.

Jangan lepaskan peluang, tempah sekarang! WhatsApp 0139747810

www.nhdbabyshop.com

Saturday, September 26, 2015

Cadar dan Kawan Yang Baik

Teks: Nurul Diyana Mohamed.

Harini dibantu oleh seorang rakan yang baik iaitu Nadia Bakar. Rakan ABDR juga ni. Tolong saya promosi cadar kalis air di Facebook dan beritahu pengalaman kerja di farmasi supaya saya tambah baik maklumat promosi yang cadar kalis air ini juga untuk orang-orang tua yang mengalami masalah pundi kencing. Ramai yang cari di farmasi dahulu katanya. Terima kasih Puan Nadia Bakar, yang juga berniaga online beg-beg cantik berjenama. Boleh didapati di sini bag ready stock : http://on.fb.me/1ixSkTD. .

Berikut adalah informasi cadar kalis air kegemaran saya yang telah ditambah baik;

"Anda sedang mencari ALAS TILAM? tidak tahu mana yang satu yang sesuai?

Kami ada menjual CADAR KALIS AIR.

Cadar Kalis Air ini boleh digunakan di ke dua-dua belah. Boleh bernafas dan tidak panas, Diperbuat daripada material poly yang RINGAN dan LEMBUT.

Seumpama cadar kegunaan harian anda, bukan melindungi sebahagian sahaja tetapi SELURUH TILAM.

Mempunyai jahitan yang kemas dan tidak mudah koyak.

Malah tidak berbunyi bising seperti alas tilam yang lain.

Boleh dibasuh dan cepat kering. Hanya menggunakan mesin basuh. Boleh juga kalau mahu LAP sahaja.

Pelaburan yang berbaloi untuk tempat tidur anda.

Sesuai untuk anak-anak yang sedang belajar ke tandas, anak kencing tilam, menguruskan orang sakit, membantu orang-orang tua yang mengalami masalah lemah pundi kencing, mengelakkan anak-anak yang tinggal di asrama dari serangan hama dan lain-lain.

Ukuran/Size Standard Tilam Malaysia;
Single             90 x 190cm + 25cm
Super Single  105 x 190cm + 25cm
Queen             152 x 190cm + 38cm
King                183 x 190cm + 38cm

*Tebal tilam Single/Super Single 25cm atau 9 inci
*Tebal tilam Queen/King 38cm atau 15 inci

Poly Fitted yang melekap kemas pada tilam. Walaupun tilam kurang ketebalan.

Harga Jualan
Single -  RM60/pc + RM8 poslaju
Super Single - RM70/pc +  RM8 poslaju
Queen - RM90/pc + RM10 poslaju
King - RM100 + RM10 poslaju
Pillowcase RM45@2pcs + RM6
💙 Poslaju Sarawak add RM4/pc
💙 Poslaju Sabah add RM7/pc

FREE COD sekitar nilai/sepang/bandar enstek/seremban.

BOOKING juga diterima. "

Berminat boleh WhatsApp saya di 013-9747810. Juga layari www.nhdbabyshop.com dan page NHD BABY SHOP

Thursday, September 24, 2015

Salam AidilAdha

Teks: Nurul Diyana Mohamed

Assalamualaikum dan salam aidiladha buat semua pembaca setia. Dikesempatan ini saya ingin memohon ribuan ampun dan maaf andai pernah tersalah tulis atau terlebih bicara yang mengguriskan hati. Sebagai manusia kita tidak lari dari melakukan kesilapan kan?

Raya Haji kali ini adalah kali pertama saya beraya di kampung suami walaupun sudah kali ke empat semenjak bergelar suami isteri. Giliran raya Muar, Johor pada dua tahun lepas kebetulannya ada majlis kahwin adik bongsu saya di Kelantan. Jadi, mak abah mertua sekeluarga juga turut turun ke kampung halaman saya di kelantan untuk meraikan.

Rindu saya untuk beraya bersama ibu yang jauh di kampung halaman di Kelantan tetapi setelah berkahwin kenalah berlaku adil bukan? masing-masing mempunyai ibubapa, jadi haruslah berlaku adil supaya ibubapa tidak terasa hati. Kisah orang dewasa.

Saya juga rindukan kemeriahan berhari raya di kampung halaman di Kampung Hutan Pasir, Ketereh, Kelantan ketika arwah ayah masih ada. Meriah sungguh. Setiap kali raya tumbang lembu seekor. Lembu peliharaan arwah ayah sendiri pula tu. Kesibukan arwah ayah menyembelih lembu ketika hari raya haji juga dirindui. Dan sudah pasti daging yang diberi orang kampung terlalu banyak sehingga tidak muat peti sejuk. Sampai kami sudah muak hendak makan daging.

Sudah lebih tiga belas tahun arwah ayah pergi meninggalkan kami tetapi tetap rasa masih baru, rasa tidak percaya, rasa dia sentiasa di sisi. Rindunya saya. Semoga arwah ayah di tempatkan di kalangan hamba-hambanya yang soleh. Semoga di tempatkan dikedudukan tertinggi di syurga Allah SWT kerana orangnya sungguh baik. Sepanjang hidupnya diabdikan ke jalan Allah SWT. Hidupnya hanya beramal ibadat di surau kepunyaannya. Menghembuskan nafas terakhirnya juga di situ.

Sebaik-baik bacaan solat yang saya pernah dengari adalah dari arwah ayah. Damailah kamu di dunia yang kekal abadi. Al Fatihah.

Layari www.nhdbabyshop.com atau whatsapp 0139747810 untuk tempahan cadar kalis air lebih baik dari alas tilam.