Tuesday, May 31, 2016

Kuasa Nak!

Teks: Nurul Diyana Mohamed

Mengimbas kembali kisah semalam. Berjaga dari pukul 2.30 pagi dan terus bertenaga sampai malam. 

Entah dari mana datangnya semangat, tapi itulah yang berlaku. 

Semalam memang ada tugasan yang diberi Cikgu Mohd Shahaeil Nordin untuk diselesaikan. Tapi malam sebelumnya telah berniat untuk latih diri berpuasa menjelang Ramadhan yang bakal tiba. 

Terjaga uruskan anak pukul 2.30 pagi tetapi sebab bimbang tidak terjaga untuk sahur dan tidak larat untuk berpuasa kemudiannya sebab Ammar masih menyusu badan, tengok WhatsApp juga ada yang pm. Jadi, uruskan pelanggan sambil buat spilt test, sambil bersahur. Sempat juga Ammar bangun menyusu lagi dalam tempoh menjelang subuh. 

Siap split test, tempahan dan pertanyaan pelanggan pula masuk. Jadi uruskan kerja apa yang patut sambil layan anak, sambil layan pelanggan dan deal dengan pembekal sebab besok harga barang bakal naik lagi. Memang patut harga naik sebab harga jualan sekarang memang sangat murah, sudah menyamai harga cadar biasa-biasa. Beruntung siapa yang dapat grab sampai harini, beruntung benar! yang mana sempat follow up dan beli juga beruntung tapi manalah larat nak follow up sampai ratusan pelanggan dalam masa yang singkat. 

Dalam tengahari dah terlintas mahu berehat tapi kakak alumni kuasa bayangan beritahu mahu singgah dari program di Port Dickson untuk COD produk Gel Mandian Bidara Limau Purut beliau sambil-sambil beli Cadar Kalis Air, semangat datang semula! 

Berdepan dengan beliau dan suami yang memang energy luarbiasa hebat, kita juga jadi makin bertenaga. Kuasa logistik dengan izin Allah SWT. 

Petangnya Ayah pergi bersukan macam biasa, dah rasa macam dah penat tapi sekilas sahaja datang, teringat anak-anak yang agak memilih makan entah dari mana datang semangat, buat kentang goreng homemade pula dengan anak-anak sambil masak untuk berbuka, sedangkan sebelum itu memang sudah ada terlintas nak makan diluar. Tapi tak jadi!

Energy luar biasa sampai malam. Lepas Isyak baru berehat sejam dua, terganggu dengan Hana meragam mulanya tetapi kemudian bangun uruskan Poslaju pick up untuk harini dan packing barang siap-siap sebelum sambung tidur. 

Syukurlah dikurniakan insan-insan hebat di sisi; En Taufiq Janudin yang tidak jemu beri semangat dari pagi ke tengah malam, Cikgu Mohd Shahaeil Nordin seperti biasa luarbiasa hebat (jarang sebenarnya saya jumpa jutawan atau bakal jutawan yang senang reply pm macam beliau), kenangan dan semangat yang dibawa Cikgu Norshahida Zainal Abidin semasa Training FB Ads Kick Start By Shahaeil pun masih segar di minda. Terima kasih tidak terhingga buat kalian.

Memang luar biasa hebat hasil kuasa NAK kali ini dengan bantuan insan-insan hebat di sisi. Alhamdulillah dan In Shaa Allah buat sampai jadi!

Bagi yang berminat nak belajar asas FBAds, disyorkan untuk pergi belajar. Ada support group setahun. Training terdekat di Shah Alam 4 & 5 Jun 2016 ini. Menyambut puasa. 

Bermanfaat. In Shaa Allah.

Nurul Diyana Mohamed

"Peneraju Inovasi Alas Tilam No.#1 Di Malaysia" Jom LIKE & SHARE sekarang!
=================================
PROMOSI KOMBO + Free Bib DIBUKA! SAH SEHINGGA 31 MAY 2016 SAHAJA! Hari ini sahaja tinggal!

"Peneraju Inovasi Alas Tilam No.#1 Di Malaysia" Jom LIKE & SHARE sekarang!
===========================
🍁Inginkan pengurusan jualan yang sistematik dan penyimpanan data pelanggan yang berkekalan serta mobile friendly boleh dapatkan sistem jualan 1.0 daripada saya.

Username: admin 
Password: 12345

Hubungi 013 974 7810 untuk menempah. 

🍁 Lebih 500 produk pendidikan awal kanak-kanak dan banyak lagi di www.nhdbabyshop.com

πŸ›„ Dapatkan servis percutian Cuti Budget Murah daripada kami dengan pengalaman bersama lebih 15 tahun.  Hubungi khidmat pelanggan di 013 715 9522

πŸ›„ Kami juga sedang berusaha membantu menambah nilai kehidupan anda dengan Cadar Fitted Kalis Air yang terbaik, pakar dalam membantu pengurusan anak-anak kecil, potty train, kencing tilam, anak-anak di asrama, warga emas, orang sakit dan sesiapa sahaja yang memerlukan penjagaan tilam. Bantu kami dengan WhatsApp  013 974 7810 

Monday, May 30, 2016

Masa Berkualiti

Teks: Nurul Diyana Mohamed

[MASA BERKUALITI]

Menikmati hujung minggu dengan masa berkualiti dengan anak-anak. Masa yang tidak mungkin di ulang kembali. 

Harini refresh ilmu lama masa training di BNM. Betapa berharganya "THE PRESENT", betapa ia boleh buat kita gembira, menggembirakan orang, berjaya dan kualiti kerja juga lebih baik. 

Setiap dari kita tahu apa itu "THE PRESENT" cuma mungkin terlupa. Saya sendiri apabila terlalu sibuk, dah lama melepasi garis masa kegembiraan masa kecil, mula lupa. 

"THE PRESENT" adalah mengenai menghargai masa pada ketika itu, menikmatinya tanpa memikirkan sesuatu yang lain. Bayangkan sekiranya kita bersama anak-anak, tetapi otak ligat memikirkan kerja, 

atau 

apabila bekerja tetapi tetap terpaksa memikirkan anak-anak. Adakah kita gembira? adakah itu menjadikan apa yang kita lakukan itu berkualiti atau menjadikan orang di sekeliling kita gembira? 

Makin saya memikirkan "THE PRESENT" saya rasa sungguh gembira dan dapat membuat orang disekeliling saya juga gembira. Dan saya perasan, uncle cleaner kat Taman S2 tu pun senyum pada saya siap angkat tangan! pandang kami sekeluarga sampai selamat masuk kereta. 

Alhamdulillah. Sekurang-kurangnya dapat buat orang gembira harini. 

Terima kasih pada ALLAH SWT yang tidak jemu menegur. 😊😊😊

Nurul Diyana Mohamed

"Peneraju Inovasi Alas Tilam No.#1 Di Malaysia"

===========================

🍁Inginkan pengurusan jualan yang sistematik dan penyimpanan data pelanggan yang berkekalan serta mobile friendly boleh dapatkan sistem jualan 1.0 daripada saya.

Username: admin 
Password: 12345

Hubungi 013 974 7810 untuk menempah. 

🍁 Lebih 500 produk pendidikan awal kanak-kanak dan banyak lagi di www.nhdbabyshop.com

πŸ›„ Dapatkan servis percutian Cuti Budget Murah daripada kami dengan pengalaman bersama lebih 15 tahun.  Hubungi khidmat pelanggan di 013 715 9522

πŸ›„ Kami juga sedang berusaha membantu menambah nilai kehidupan anda dengan Cadar Fitted Kalis Air yang terbaik, pakar dalam membantu pengurusan anak-anak kecil, potty train, kencing tilam, anak-anak di asrama, warga emas, orang sakit dan sesiapa sahaja yang memerlukan penjagaan tilam. Bantu kami dengan WhatsApp  013 974 7810 

Saturday, May 28, 2016

Cahaya Mata

Teks dan Foto: Nurul Diyana Mohamed 

Seronok tengok perkembangan rakan-rakan lama yang telah dapat berita baik menerima cahaya mata setelah lama menunggu dan setelah pelbagai usaha dilakukan. 

Ada yang lebih lima tahun berkahwin baru hamil. Dalam mentaliti masyarakat zaman sekarang yang serba tidak kena saya rasa tempoh masa sebegitu bukanlah tempoh yang mudah untuk mereka hadapi. Pasti ada ramai yang bertanya "bila nak ada anak?" 

Saya dulu sebelum hamilkan Hana, yang baru dua tiga bulan kahwin pun sudah ada yang bertanya "belum ada isi ke?". Gelojoh betul! 

Ramai juga yang PM mengadu dalam soal yang satu ni, terutama sekali ketika bersama produk kesihatan dulu. 

Bagi saya, soal rezeki bukan urusan kita. Kita cuma berusaha. Jika Allah SWT bagi, syukur Alhamdulillah. Jika Allah SWT tak bagi, lagi tambah syukur sebab itu pilihan dari Dia. Dia yang Maha Mengatur, pasti dia lebih tahu apa yang terbaik untuk kita. Sama juga dalam soal rezeki kewangan, rezeki kasih sayang, rezeki kesihatan, rezeki jodoh dan banyak lagi. 

Saya lebih suka berdoa, berusaha selagi terdaya, pasang impian, terus percaya dan seterusnya bertawakkal. Selebihnya enjoy "The Present". Kerana nanti masa bila kejayaan itu datang, situasi tidak mungkin sama! pasti dirindui dan rasa seperti mimpi! 

Contoh: Bila ada yang merungut belum sampai jodoh untuk berkahwin, saya kata enjoy the present moment, sebab nanti dah kahwin, dah ada anak, tidur pun takkan pernah lena. Rezeki anak itu salah satu cabang bahagia, tapi juga satu tanggungjawab  besar yang harus dipikul. 

Yang mempunyai anak-anak kecil macam kami juga harus gembira sebab walaupun sukar membesarkan anak-anak, nanti dah besar masing-masing dah sambung belajar pasti boring menghadap muka suami atau isteri! πŸ˜…

Jadi, enjoy "The Present" and have fun! 

Nurul Diyana Mohamed

"Peneraju Inovasi Alas Tilam No.#1 Di Malaysia"

===========================

🍁Inginkan pengurusan jualan yang sistematik dan penyimpanan data pelanggan yang berkekalan serta mobile friendly boleh dapatkan sistem jualan 1.0 daripada saya.

Username: admin 
Password: 12345

Hubungi 013 974 7810 untuk menempah. 

🍁 Lebih 500 produk pendidikan awal kanak-kanak dan banyak lagi di www.nhdbabyshop.com

πŸ›„ Dapatkan servis percutian Cuti Budget Murah daripada kami dengan pengalaman bersama lebih 15 tahun.  Hubungi khidmat pelanggan di 013 715 9522

πŸ›„ Kami juga sedang berusaha membantu menambah nilai kehidupan anda dengan Cadar Fitted Kalis Air yang terbaik, pakar dalam membantu pengurusan anak-anak kecil, potty train, kencing tilam, anak-anak di asrama, warga emas, orang sakit dan sesiapa sahaja yang memerlukan penjagaan tilam. Bantu kami dengan WhatsApp  013 974 7810 

Thursday, May 26, 2016

Training FB ADS KICK START SHAH ALAM

Teks: Nurul Diyana Mohamed

Baru sahaja selesai sesi dua hari berkampung di Shah Alam menyertai training FB Ads. Memang satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Satu investment yang sangat berbaloi bagi saya. Ada support group setahun bersamaan dengan 35 training (3 kali sebulan) lagi saya boleh pergi di Shah Alam dan Johor Bahru. Jika ada rezeki, In Shaa Allah akan menyudikan diri bagi mendapatkan "Personal Coaching" pula. In Shaa Allah.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada Senior yang sekarang merangkap Cikgu, Tuan Mohd Shahaeil Nordin yang dulunya di Universiti saya panggil Abang Jaro. Isteri beliau Puan Norshahida Zainal pun tidak kurang hebatnya. Banyak membuka mata saya yang sering malu-malu kucing. Hendak berjaya tidak boleh malu, Kena ke hadapan. Lebih senang orang membeli jika mengenali kita bukan?

Sebelum menyertai Training FB ADS KICK START, saya sangkakan hanya Tuan Mohd Shahaeil yang memberi perkongsian tetapi apabila telah menyertai sangkaan saya meleset. Isteri beliau yang saya panggil Kak Sha juga banyak berjasa dan memberikan rasa "WOW!". Sepanjang seminar, beliau buat saya rindu pada kenangan bersama kakak Norisah Mohamed mempromosi Cadar Kalis Air pada kali pertama di satu program ceramah UAI di Saujana Utama, Sungai Buloh suatu ketika dahulu. Untuk pengetahuan semua, Kak Sha ini bekas jururawat, dan saya rasa jururawat ini dia punya kelebihan berinteraksi dengan pelanggan itu memang "superb" dan berkeyakinan tinggi. 

Selama saya menceburkan diri dalam perniagaan online, saya dapat lihat ramai jururawat dan bekas jururawat yang berjaya dalam perniagaan. Skill bertemu pelanggan selalu itu memang kelebihan mereka!

Dapat bertemu dengan ramai insan-insan hebat dalam training dua hari ini, ramai pemilik produk yang hadir, bakal-bakal jutawan dan yang sudah jutawan pun ada. Satu yang paling tidak dapat saya lupa adalah kemesraan Pengasas Felisa Cosmetic, Puan Felisa M Palis. Nanti beliau akan buat penampilan semula dengan jenama Vensh. Saya memang peminat setia produk semulajadi dari dulu sampai sekarang, jadi bakal peminat setia produk Vensh itu mungkin saya!. 

Dalam begitu banyak cabaran akhirnya berjaya juga tamatkan Training ini. Terima kasih Allah. Hari pertama belum habis kelas lagi ayah telefon Ammar menangis tanpa henti dan tidak mahu minum susu yang di pam. Hari ke dua, telefon mati sedangkan charger lupa bawa. Nasib baik smartphone ayah ummi baru set up messenger apps untuk Cuti Budget Murah, jam 5 petang ayah sudah PM risau hendak check out terpaksa tinggalkan anak-anak jam 6 petang. Jadi terpaksa minta balik semasa sesi soal jawab berlangsung. Itu belum termasuk lagi cabaran bengkak susu dan lain-lain. 

Pengalaman berharga untuk saya dan juga untuk suami. Tapi apa yang terjadi kami ambil sebagai suatu cabaran yang sangat positif, tanpa saya sangka suami izinkan pergi dan tanpa saya sangka suami sanggup berkorban cuti kerja demi menjaga anak. Syukur Alhamdulillah Allah SWT telah berikan saya lebih dari yang sepatutnya. Hanya yang terbaik. Terima kasih ALLAH.

Jika dulu hendak pergi ke Seminar Pendidikan Awal Kanak-Kanak berhari-hari saya menangis apabila suami tidak izinkan sedangkan yuran telah dibayar (last minute bagi pergi juga sebab tidak sanggup tengok isteri masam muka). Seminar Pendidikan Awal Kanak-kanak itu cuma satu hari dan suami cuma jaga Hana kerana Ammar saya boleh bawa. Kali ini suami telah rela hati izinkan pergi dari awal demi perniagaan kami, Sesuatu yang berbeza saya rasa apabila menjalankan perniagaan bersama-sama. 

Hari pertama anak-anak tidak memberikan kerjasama dan beliau terpaksa berusaha lebih, tetapi hari ke dua situasi makin baik apabila anak-anak telah mula selesa dengan Ayahnya. Mana tidaknya, anak-anak cuma pernah ditinggalkan selama lebih kurang satu jam setengah pada malam hari dua kali seminggu semasa kelas aerobic saya, selebihnya memang semuanya saya yang uruskan. Semuanya memerlukan masa. Tetapi apa yang membuatkan saya tersenyum adalah ketika dalam perjalanan pulang suami kata "Selama dua hari menguruskan anak-anak, anak-anak makin rapat dengan abang, abang rasa abang NAK bebas masa bersama anak-anak. Boleh bebas main-main dengan mereka macam ni, boleh gilir balik kampung Kelantan dan Johor, Abang NAK sangat ." Allah..terharu rasa hati. Itulah yang kami sama-sama inginkan. BEBAS MASA. Dan untuk kebebasan masa itu kami perlukan kebebasan kewangan dan sistem perniagaan yang betul, yang masih boleh bergerak walaupun kami tiada di lokasi untuk bekerja. 

Ayah Hana dan Ammar memang sangat sibuk orangnya, selain sibuk dengan tugasan hakiki sebagai tenaga pengajar, beliau jugalah yang menguruskan koperasi. Disebalik tanggungjawab besar sebagai kakitangan awam, beliau juga telah mengusahakan bermacam-macam perniagaan demi untuk meningkatkan pendapatan keluarga; ada perniagaan perkongsian, pelaburan dan sebagainya. Ada yang berjaya dan ada yang tidak. Berjaya atau tidak itu biasanya atas faktor ilmu. Jadi jika ingin berjaya, carilah ilmu. Pelaburan untuk ilmu memang tidak pernah rugi, yang ruginya adalah apabila berusaha sendiri dan rugi wang lebih banyak daripada apa yang patut diperuntukkan. Belajar dan bermentor itu memang jalan pintas untuk berjaya. Jalan keluar dari rat race.

Sebab itu kami percaya kunci untuk berjaya adalah terletak pada formula MESTI sebagaimana saranan Dr. Azizan Osman. Mesti kena ada Mentor, Elmu(Emosi dan Ilmu), Sistem yang betul serta Tindakan dan keInginan yang luar biasa. Dan Seminar FB Ads Kick Start ini adalah baby step kami untuk berjaya. In Shaa Allah. 

Masih banyak yang kami perlu diusahakan, mohon doa semua agar mendoakan kejayaan kami agar kami boleh membantu lebih ramai insan memerlukan dengan Cadar Kalis Air, NHD BABY SHOP, Servis Cuti Budget dan Sistem Jualan. Banyak yang perlu di usahakan, setelah semuanya perniagaan sedia ada stabil, In Shaa Allah berniat untuk menggunakan kuasa FOKUS pula. Doakan kami, kami juga mendoakan agar anda semua kaya dan berjaya di dunia dan di akhirat. 

Amin.

WhatsApp +6013 974 7810 (Diyana)
WhatsApp +6013 974 7810 (Diyana)
WhatsApp +6013 974 7810 (Diyana)

"Peneraju Alas Tilam No.1 Di Malaysia"

================================================

🍁Inginkan pengurusan jualan yang sistematik dan penyimpanan data pelanggan yang berkekalan serta mobile friendly boleh dapatkan sistem jualan 1.0 daripada saya.

Username: admin 
Password: 12345

Hubungi 013 974 7810 untuk menempah. 

🍁 Lebih 500 produk pendidikan awal kanak-kanak dan banyak lagi di www.nhdbabyshop.com

πŸ›„ Dapatkan servis percutian Cuti Budget Murah daripada kami dengan pengalaman bersama lebih 15 tahun.  Hubungi khidmat pelanggan di 013 715 9522

πŸ›„ Kami juga sedang berusaha membantu menambah nilai kehidupan anda dengan Cadar Fitted Kalis Air yang terbaik, pakar dalam membantu pengurusan anak-anak kecil, potty train, kencing tilam, anak-anak di asrama, warga emas, orang sakit dan sesiapa sahaja yang memerlukan penjagaan tilam. Bantu kami dengan WhatsApp  013 974 7810 

Monday, May 23, 2016

Lirik Lagu Opick- Rapuh

Teks: Nurul Diyana Mohamed

Lagu yang sangat best. Sila cari lagunya ya. Saya bagi lirik sahaja. Kalau ada apps telegram boleh WhatsApp minta kat 013 974 7810. 😊

Opick - Rapuh

Detik waktu terus berjalan
berhias gelap dan terang
suka dan duka tangis dan tawa
tergores bagai lukisan

seribu mimpi berjuta sepi
hadir bagai teman sejati
di antara lelahnya jiwa
dalam resah dan air mata
kupersembahkan kepadaMu
yang terindah dalam hidupku

meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah padaMu

maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaiMu
dalam dadaku harap hanya
diriMu yang bertahta

Nurul Diyana Mohamed
www.nhdbabyshop.com

-------

🍁Inginkan pengurusan jualan yang sistematik dan penyimpanan data pelanggan yang berkekalan serta mobile friendly boleh dapatkan sistem jualan 1.0 daripada saya.

Username: admin 
Password: 12345

Hubungi 013 974 7810 untuk menempah. 

🍁 Lebih 500 produk pendidikan awal kanak-kanak dan banyak lagi di www.nhdbabyshop.com

πŸ›„ Dapatkan servis percutian Cuti Budget Murah daripada kami dengan pengalaman bersama lebih 15 tahun.  Hubungi khidmat pelanggan di 013 715 9522

πŸ›„ Kami juga sedang berusaha membantu menambah nilai kehidupan anda dengan Cadar Fitted Kalis Air yang terbaik, pakar dalam membantu pengurusan anak-anak kecil, potty train, kencing tilam, anak-anak di asrama, warga emas, orang sakit dan sesiapa sahaja yang memerlukan penjagaan tilam. Bantu kami dengan WhatsApp  013 974 7810 

Saturday, May 21, 2016

HARGA KASIH SAYANG CADAR FITTED KALIS AIR BAKAL TAMAT

Teks dan Foto: Nurul Diyana Mohamed

Tahukah anda bahawa cadar kalis air sekarang dijual pada harga hampir HARGA MODAL? 

Dengan kualiti IMPORT yang setanding jenama terkenal, malah di buat di kilang yang SAMA. Kami jual dengan harga yang murah demi membantu insan-insan yang memerlukan.... 

Setelah lebih 3 tahun beroperasi, kini pihak syarikat telah membuat keputusan untuk menaikkan sedikit harga bermula pada 1 JUN 2016 bagi tujuan untuk mengembangkan perniagaan dan membantu lebih ramai insan yang memerlukan. 

Jika anda serius ingin mendapatkan Cadar Fitted Kalis Air pada HARGA ISTIMEWA kami. Boleh WhatsApp kami segera di 013 974 7810

WhatsApp "CKA" ke 013 974 7810

WhatsApp "CKA" ke 013 974 7810

WhatsApp "CKA" ke 013 974 7810

Jom bantu tambah nilai pada insan-insan yang memerlukan dengan "share dan komen" post di bawah ini ya! Terima kasih. 

--------

🍁Inginkan pengurusan jualan yang sistematik dan penyimpanan data pelanggan yang berkekalan serta mobile friendly boleh dapatkan sistem jualan 1.0 daripada saya.

http://minisite.azanis.my/ (Penerangan) 

http://demo.azanis.my/ (Demo) 
Username: admin 
Password: 12345

Hubungi 013 974 7810 untuk menempah. 

🍁 Lebih 500 produk pendidikan awal kanak-kanak dan banyak lagi di www.nhdbabyshop.com. 

πŸ›„ Dapatkan servis percutian Cuti Budget Murah daripada kami dengan pengalaman bersama lebih 15 tahun.  Hubungi khidmat pelanggan di 013 715 9522

πŸ›„ Kami juga sedang berusaha membantu menambah nilai kehidupan anda dengan Cadar Fitted Kalis Air yang terbaik, pakar dalam membantu pengurusan anak-anak kecil, potty train, kencing tilam, anak-anak di asrama, warga emas, orang sakit dan sesiapa sahaja yang memerlukan penjagaan tilam. Bantu kami dengan WhatsApp  013 974 7810 

Cinta Pada Yang Satu

Teks dan Foto: Nurul Diyana Mohamed

Memasak lunch dengan bertemankan lagu Afghan - Padamu Ku Bersujud dan Opick-Rapuh. 

Selagi tak habis masak, selagi tu ulang. Suka benar.

Tiba-tiba emosi sikit. 

Dulu memang tak percayakan cinta kononnya. Masa tu dalam fikiran, bila fikir cinta ingat cinta manusia. Brutal habis. Apa kes cintan cintun ni kan? Pakai beg silang. Dengan muka slumber. Ambil kos jurutera. 

Kahwin? memang tak ada dalam kamus hidup. Kononnya nak kejar Ir. Masa dekat graduates program BNM siap lukis cover majalah "TIME" tau. Bukan main-main. 

Tapi aturan Allah SWT tu sangat indah. Dalam ma paksa suruh kahwin, bersyukur dikurniakan hero heroin comel dalam hidup. Rasa mereka tu lagi berharga dari title Ir. yang dikejar. 

Kesimpulan yang dapat, cinta tu milik Allah SWT. Hanya DIA. Hanya dia tempat kita bersujud. Manusia TAK LAYAK. Saya ulang, TAK LAYAK. 

Bila kita cintakan manusia hati akan selalu rasa sakit, sebab manusia tu tak sempurna, banyak yang kurang.

Dulu bila orang sakitkan hati, nak sebut nama pun tak mampu, apatah lagi nak pandang muka. Sekarang masa dah berubah, pemikiran pun dah kehadapan. 

Cinta pun makin mekar Alhamdulillah. Hari-hari doa supaya Allah SWT putuskan ikatan hati pada manusia dan makhluk. Sekarang, sudah boleh mendoakan orang yang menyakiti seikhlas hati. 

Pesanan saya, jangan menaruh impian untuk orang berubah. Hidayah tu milik Allah SWT. Ubah diri kita, perkukuhkan cinta pada yang satu. 

In Shaa Allah. Hati tenang dan bahagia. 

Nurul Diyana Mohamed
www.nhdbabyshop.com
www.nuruldiyanamohd.com

-----------

🍁Inginkan pengurusan jualan yang sistematik dan penyimpanan data pelanggan yang berkekalan serta mobile friendly boleh dapatkan sistem jualan 1.0 daripada saya.

Username: admin 
Password: 12345

Hubungi 013 974 7810 untuk menempah. 

🍁 Lebih 500 produk pendidikan awal kanak-kanak dan banyak lagi di www.nhdbabyshop.com

πŸ›„ Dapatkan servis percutian Cuti Budget Murah daripada kami dengan pengalaman bersama lebih 15 tahun.  Hubungi khidmat pelanggan di 013 715 9522

πŸ›„ Kami juga sedang berusaha membantu menambah nilai kehidupan anda dengan Cadar Fitted Kalis Air yang terbaik, pakar dalam membantu pengurusan anak-anak kecil, potty train, kencing tilam, anak-anak di asrama, warga emas, orang sakit dan sesiapa sahaja yang memerlukan penjagaan tilam. Bantu kami dengan WhatsApp  013 974 7810 

Langit Selepas Hujan

Teks: Nurul Diyana Mohamed

Subhanallah.. cantiknya langit selepas hujan. Baunya segar. Terasa nikmat di pagi hari. Ambil feel sebentar sebelum masuk dapur, sementara anak-anak masih tidur lagi. Biasa waktu-waktu macam ni masing-masing dah bangun tapi sebab hujan malam tadi agaknya, itu yang sedap tidur. 

Ummi jugak yang terlebih sibuk dari malam tadi, tidurnya cuma sekejap-sekejap. Alhamdulillah, Allah SWT masih berikan nikmat berpagian. 

Kekuatan biasa untuk seorang wanita bergelar ibu. Jika anak-anak tengah kecik, jangan mimpi la hendak tidur lena. Kalaupun bukan kerana anak-anak, tetap kerana kerja yang menimbun merayu minta diuruskan. 

Selamat berpagian warga muka buku, semoga dimurahkan rezeki dan diberikan kekuatan menghadapi hari baru. 😊

Nurul Diyana Mohamed
www.nhdbabyshop.com
www.nuruldiyanamohd.com

--------

🍁Inginkan pengurusan jualan yang sistematik dan penyimpanan data pelanggan yang berkekalan serta mobile friendly boleh dapatkan sistem jualan 1.0 daripada saya.

Username: admin 
Password: 12345

Hubungi 013 974 7810 untuk menempah. 

🍁 Lebih 500 produk pendidikan awal kanak-kanak dan banyak lagi di www.nhdbabyshop.com

πŸ›„ Dapatkan servis percutian Cuti Budget Murah daripada kami dengan pengalaman bersama lebih 15 tahun.  Hubungi khidmat pelanggan di 013 715 9522

πŸ›„ Kami juga sedang berusaha membantu menambah nilai kehidupan anda dengan Cadar Fitted Kalis Air yang terbaik, pakar dalam membantu pengurusan anak-anak kecil, potty train, kencing tilam, anak-anak di asrama, warga emas, orang sakit dan sesiapa sahaja yang memerlukan penjagaan tilam. Bantu kami dengan WhatsApp  013 974 7810 

Friday, May 20, 2016

Senyum

Kadang-kadang kita banyak berfikir akan betapa kurangnya hidup kita atau  banyaknya kerja yang perlu kita lakukan sehingga terlupa untuk senyum. 

Sedangkan senyuman itu terlalu banyak kebaikannya. Jom lihat fakta kebaikan senyum di bawah. 

1) Senyum buat anda nampak menarik dan manis. 

2) Senyum buat orang disekeliling kita berasa senang dengan kita. Cuba bayangkan kalau kita tengok muka rakan kita kelat sahaja. Ada yang suka? 

3) Senyum boleh tukar perasaan. Apabila tersenyum. Emosi negatif juga akan menjadi positif. Ingin menarik perkara-perkara positif? Jadi senyumlah! 

4) Senyuman anda boleh membuatkan orang lain juga tersenyum. Bila kita senyum pada orang, tentu orang itu senyum balik bukan? secara tidak langsung, kita menceriakan hidup orang lain. 

5) Senyuman boleh menghilangkan stress. Jika anda bersedih atau stress, cuba senyum dan fikir baik-baik. Pasti ia akan buat perasaan anda lebih baik. Kajian menunjukkan bahawa senyuman boleh memperdaya tubuh badan sehingga perasaan berubah. 

6) Senyum boleh meningkatkan imunisasi badan. Ada kajian menunjukkan senyuman boleh membuatkan sistem imunisasi badan dapat bekerja dengan lebih baik. Tidak mustahil kesakitan anda juga boleh sembuh dengan tersenyum. 

7) Senyuman melepaskan Endorphin, pemati rasa semulajadi dan seratonin. Ketiga-tiganya adalah hormon untuk mengawal rasa sakit. 

8) Senyuman menjadikan kita awet muda. Senyuman menggerakkan banyak otot, otot kita akan terlatih dan memberikan face lift semulajadi. Dengan banyak tersenyum, anda boleh nampak awet muda. 

9) Senyum membuat anda kelihatan berjaya dan tidak mustahil anda akan benar-benar berjaya. Orang yang tersenyum menampakkan sifat percaya diri dan boleh dipercayai. Senyum apabila berjumpa pelanggan, In Shaa Allah rezeki anda akan lebih baik. 

10) Senyuman buat kita berfikir positif. Cuba senyum sambil fikir negatif. Pasti susah nak senyum. 

Terlalu banyak kebaikan apabila tersenyum. Sungguh! 

Dulu semasa menjadi fasilitator semasa minggu induksi di Universiti, sepanjang minggu tersenyum kerana melayan pelajar-pelajar baru dan ibu bapa. Memang rasa hidup adalah lebih baik. Kenangan yang tidak dapat dilupakan sehingga sekarang. 

Masa Hana masih bayi, saya perasan apabila saya senyum, Hana akan turut tersenyum. Semenjak itu saya selalu senyum apabila melayani anak-anak. Memang mereka akan senyum balik dan buatkan saya yang kepenatan atau ada masalah juga berasa lebih baik. 

Terima kasih ALLAH SWT kerana mengilhamkan senyuman buat kita semua. 

Senyumlah! Pasti hidup anda akan lebih baik! In Shaa Allah. 

Nurul Diyana Mohamed
Allah, ajari aku supaya tidak lupa tersenyum. 
www.nhdbabyshop.com
www.nuruldiyanamohd.com

--------

🍁Inginkan pengurusan jualan yang sistematik dan penyimpanan data pelanggan yang berkekalan serta mobile friendly boleh dapatkan sistem jualan 1.0 daripada saya.

Username: admin 
Password: 12345

Hubungi 013 974 7810 untuk menempah. 

🍁 Lebih 500 produk pendidikan awal kanak-kanak dan banyak lagi di www.nhdbabyshop.com

πŸ›„ Dapatkan servis percutian Cuti Budget Murah daripada kami dengan pengalaman bersama lebih 15 tahun.  Hubungi khidmat pelanggan di 013 715 9522

πŸ›„ Kami juga sedang berusaha membantu menambah nilai kehidupan anda dengan Cadar Fitted Kalis Air yang terbaik, pakar dalam membantu pengurusan anak-anak kecil, potty train, kencing tilam, anak-anak di asrama, warga emas, orang sakit dan sesiapa sahaja yang memerlukan penjagaan tilam. Bantu kami dengan WhatsApp  013 974 7810 

Thursday, May 19, 2016

Hensem Ammar

Teks dan Foto: Nurul Diyana Mohamed

Pecah rekod dah masuk hari ke 5 belum sembuh elok lagi hensem ummi. Biasa rekod anak-anak 3 hari je demam. Kali pertama menguruskan anak demam, cirit birit dan muntah-muntah. 

Biasa dengar anak orang sahaja. Kali ini jadi pada anak sendiri. Alhamdulillah test darah semalam normal dan bertambah baik. Semoga cepat sembuh ye hensem. 

Nurul Diyana Mohamed
Buli hensem pagi ini. 
www.nhdbabyshop.com
www.nuruldiyanamohd.com

----------------

🍁Inginkan pengurusan jualan yang sistematik dan penyimpanan data pelanggan yang berkekalan serta mobile friendly boleh dapatkan sistem jualan 1.0 daripada saya.

Username: admin 
Password: 12345

Hubungi 013 974 7810 untuk menempah. 

🍁 Lebih 500 produk pendidikan awal kanak-kanak dan banyak lagi di www.nhdbabyshop.com

πŸ›„ Dapatkan servis percutian Cuti Budget Murah daripada kami dengan pengalaman bersama lebih 15 tahun.  Hubungi khidmat pelanggan di 013 715 9522

πŸ›„ Kami juga sedang berusaha membantu menambah nilai kehidupan anda dengan Cadar Fitted Kalis Air yang terbaik, pakar dalam membantu pengurusan anak-anak kecil, potty train, kencing tilam, anak-anak di asrama, warga emas, orang sakit dan sesiapa sahaja yang memerlukan penjagaan tilam. Bantu kami dengan WhatsApp  013 974 7810 

Monday, May 16, 2016

Potty Train Yang Berjaya

Teks: Nurul Diyana Mohamed

Syukur pada Allah SWT yang Maha Kuasa kerana dialah yang Maha Pemberi segala kebaikan di atas muka bumi ini. 

Harini ini terlalu banyak benda untuk disyukuri walaupun adik Ammar tiba-tiba muntah dan demam panas tetapi sebenarnya telah banyak nikmat yang dia dah kurniakan buat kami sekeluarga. Apalah sangat teguran yang tidak seberapa ini. Semoga adik Ammar cepat sembuh seperti sediakala. Amin. 

Sekarang nak cerita betapa syukurnya berjaya potty train Kak Hana, 3 tahun. Walaupun agak lama ambil masa tetapi sebenarnya isunya bukan pada Kak Hana tapi pada Ummi Ayah yang kurang yakin. 

Baca sana sini semua cakap potty train ini susah. Jadi ummi ayah jadi terpengaruh. Banyak kali timbul rasa kurang yakin. Sampai buat kerja separuh-separuh. Di rumah tanpa diaper, di luar dah waktu tidur kami pakaikan. Ini menjadikan Hana agak lambat bebas lampin. 

Nasib baik Allah SWT timbulkan rasa bersalah yang amat sangat di hati ummi kerana ikutkan ketidakyakinan yang ada. Ummi tanya pada diri, SAMPAI BILA? sedangkan Hana dah pandai ke tandas sendiri tanpa di suruh. Kadang-kadang hanya panggil minta ummi cuci. 

Hana juga tidak seperti kanak-kanak lain yang mula-mula harus di atur 15 minit sekali. Sudahnya ummi kena marah "Ummi, not yet...nanti kakak nak pee-pee kakak beritahu!". Dan memang betul, bila dia nak ke tandas memang dia beritahu. Cuma awal-awal terbabas itu biasalah, ajar anak ke tandas ni sama juga macam ajar anak belajar berjalan, ada jatuh bangunnya. Itu proses anak-anak belajar. Jadi kenapa perlu rasa ralat? 

Tapi jika pakai lampin on off tu jangan pula di salahkan anak, salah kita sebenarnya yang kurang yakin, yang buat anak konfius. Jika bimbang tilam kotor, ada Cadar Fitted Kalis Air untuk membantu. Kena yakin yang anak-anak kita hebat dan mampu buat. Jika anak-anak minta dipakaikan semula lampin, pujuk baik-baik. Jangan terpengaruh. Lama-lama dia akan faham. 

Tapi jika ibu ayah belum kuat, pakaikan sahaja dulu.  Cuba lagi lain kali. Itu lebih baik dari masing-masing rasa tertekan dan rosakkan perkembangan anak-anak. Jika rasa kuat, buat sahaja. Lama-lama akan timbul rasa yakin tu untuk ibu ayah dan juga anak. Yang penting ibu ayah kena YAKIN. 

Kepada yang ingin atau sedang potty train anak. Semoga berjaya. Jika diimbas semula, potty training Hana tidak susah pun. Sangat senang. Cuma ummi ayah je gelabah lebih. Alhamdulillah kami berjaya. 

Paling senang, boleh buat teknik bayangan. Bayangkan anak dah bebas diaper pun. Dan work for it! 😊😊

Nurul Diyana Mohamed
Kita adalah apa yang kita fikirkan. 
www.nhdbabyshop.com
www.nuruldiyanamohd.com

-----------

🍁Inginkan pengurusan jualan yang sistematik dan penyimpanan data pelanggan yang berkekalan serta mobile friendly boleh dapatkan sistem jualan 1.0 daripada saya.

Username: admin 
Password: 12345

Hubungi 013 974 7810 untuk menempah. 

🍁 Lebih 500 produk pendidikan awal kanak-kanak dan banyak lagi di www.nhdbabyshop.com

πŸ›„ Dapatkan servis percutian Cuti Budget Murah daripada kami dengan pengalaman bersama lebih 15 tahun.  Hubungi khidmat pelanggan di 013 715 9522

πŸ›„ Kami juga sedang berusaha membantu menambah nilai kehidupan anda dengan Cadar Fitted Kalis Air yang terbaik, pakar dalam membantu pengurusan anak-anak kecil, potty train, kencing tilam, anak-anak di asrama, warga emas, orang sakit dan sesiapa sahaja yang memerlukan penjagaan tilam. Bantu kami dengan WhatsApp  013 974 7810 

Sunday, May 15, 2016

Port Dickson

Teks: Nurul Diyana Mohamed

Setiap hari kami mohon pada Allah SWT semoga diberikan nikmat rezeki yang halal. Untuk kehidupan yang lebih baik untuk kami dan anak-anak, untuk kehidupan bekeluarga yang lebih baik dan yang paling penting untuk membalas jasa ibu bapa yang telah bertungkus lumus membesar kami. 

Dan hari ini dia belum berikan kami rezeki yang melimpah ruah tetapi dia berikan kami kecukupan rezeki dan nikmat bersabar. Alhamdulillah. 

Sesetengah rezeki adalah lebih baik dari wang ringgit. Contohnya apa yang berlaku hari ini, kami merancang untuk bawa anak-anak berjalan-jalan ke port dickson. Tetapi diduga dengan Ammar yang muntah-muntah sepanjang perjalanan hingga terpaksa singgah di Hospital Port Dickson untuk membuat pemeriksaan. Syukurlah doktor kata tiada apa-apa yang boleh dibimbangkan tetapi masih memerlukan pemantauan sebagai langkah berjaga-jaga.

Kami bersiap sejak pukul 7 pagi untuk datang awal, kononnya takut panas. Tetapi Allah SWT yang Maha Pengatur berikan penangguhan untuk perancangan yang lebih baik. 

Kami sampai agak lewat, tapi panasnya sekejap sahaja. Selebihnya mendung mengiringi waktu yang sangat berharga. Anak-anak sangat seronok di sini. Dapat pula tempat yang baik. Hanya RM25 untuk sewa satu khemah. Walaupun awalnya ada yang menawarkan sehingga RM50. Memang rezeki kami. Alhamdulillah. 

Setiap hari anak-anak hanya di rumah sahaja. Di rumah pun ummi sibuk dengan bermacam-macam urusan perniagaan dan rumahtangga. Sama juga dengan ayah, sibuk dengan urusan kerja makan gaji dan pengurusan koperasi dari pukul 8 pagi hingga 5 petang, kadang-kadang ayah lajakkan ke 6 petang bagi memastikan ia lebih berkat. Ayah dan ummi juga sibuk dengan perniagaan yang baru mula hendak menapak. 

Jika keluar juga hanya atas urusan kami berdua, seperti ummi ke kelas aerobik dua kali seminggu, ayah bersukan badminton juga dua kali seminggu dah selebihnya membeli barang dapur. 

Kami suami isteri memang mempunyai jadual yang agak padat kerana mahu kehidupan yang sihat dan misi mengejar kejayaan berjalan seiring. 

In Shaa Allah. 

----------------

🍁Inginkan pengurusan jualan yang sistematik dan penyimpanan data pelanggan yang berkekalan serta mobile friendly boleh dapatkan sistem jualan 1.0 daripada saya.

Username: admin 
Password: 12345

Hubungi 013 974 7810 untuk menempah. 

🍁 Lebih 500 produk pendidikan awal kanak-kanak dan banyak lagi di www.nhdbabyshop.com

πŸ›„ Dapatkan servis percutian Cuti Budget Murah daripada kami dengan pengalaman bersama lebih 15 tahun.  Hubungi khidmat pelanggan di 013 715 9522

πŸ›„ Kami juga sedang berusaha membantu menambah nilai kehidupan anda dengan Cadar Fitted Kalis Air yang terbaik, pakar dalam membantu pengurusan anak-anak kecil, potty train, kencing tilam, anak-anak di asrama, warga emas, orang sakit dan sesiapa sahaja yang memerlukan penjagaan tilam. Bantu kami dengan WhatsApp  013 974 7810 

Impian

Teks dan Foto: Nurul Diyana Binti Mohamed

Masa bernilai dengan anak sekali-sekala. 

Semoga suatu hari nanti Allah SWT beri ummi ayah miliki kebebasan masa bersama anak-anak. 

Amin 

Nurul Diyana Mohamed
Berani berimpian
www.nhdbabyshop.com
www.nuruldiyanamohd.com

Friday, May 13, 2016

Bercuti Untuk Recaj

Teks: Nurul Diyana Mohamed
Foto: Air Asia

[BERCUTI ITU BAGUS]

Bercuti itu bagus, sangat indah perasaannya pergi melihat tempat orang. Memang menjadi kegemaran kami sekeluarga bercuti untuk recaj balik tenaga setelah berhempas pulas bekerja. 

Malah ia jadi rutin rakan-rakan jutawan yang kami kenali. Atas alasan yang sama, untuk recaj. 

Ada 2 hari lagi untuk promosi tiket Air Asia ini. Ini peluang anda untuk recaj! 

Tempah sekarang di website Air Asia dan hubungi kami untuk GROUND Pakej. 

Kami ada pakej tersedia untuk Langkawi, Kota Kinabalu, Ho Chi Min City, Jakarta, Krabi dan Kuching! 

Yang lain tertakhluk kepada permintaan. 

Hubungi kami sekarang di 013 715 9522 untuk booking pakej GROUND anda. 

Jangan lepaskan peluang! 😊

Facebook: 
Cuti Budget Murah
Pakej Jakarta Bandung Murah
Pakej Langkawi Murah
Pakej Cuti-Cuti Malaysia
Pakej Ho Chi Minh Vietnam Murah

----------